Sunday, June 24, 2012

Tak mungkin ku berpaling


Tadi aku pergi beli air perisa anggur.


Sampai je tempat tu, ada sorang kakak ni duk bertinggung sambil pilih-pilih air perisa tu.                        
Aku tunggu la dia kejap, sebab aku nak capai air perisa tu pun tak sampai. 
Tepi aku ade kotak besar, depan air perisa tu pulak kakak tu bertinggung.
Maka, takda pilihan, aku pun tunggu akak tu settle pilih. 


Lama pulak akak ni pilih. 
Lepas dia belek satu, dia belek yang lain pulak. 
Brader yang keje kat tempat tu pulak sibuk duk terangkan kat kakak tu yang tu perisa apa, yang ni perisa apa. 
Aku tengok je la diorang.


Agak-agak kesabaran aku nak tunggu tu macam nak lupus, 
aku pun terus je cakap kat brader tu, 
"Bang, saye nak air perisa anggur tu satu, tapi nak yang besar, ada tak? kat sini ade yang kecik je." 


Dan brader tu cakap; "Kejap eh." 
Sambil dia tunjuk dekat kakak yang tengah duk belek-belek tu. 
Maksudnya dia suruh aku tunggu dia habis layan kakak tu la kan. 
Aku dah bengang la ni. Biar la akak tu belek-belek. 
Ape kau tak boleh pegi carikan air perisa anggur aku tu dulu? 


Yang kakak ni pulak satu hal tak reti membaca ke apa. 
Terang-terang kat botol tu tulis 'perisa blackcurrant', 
'perisa blackcurrant campur epal', 'perisa blackcurrant kurang manis'
Sampaikan nak brader tu terangkan satu persatu dekat dia pulak yang tu perisa apa. 
Wadehel. 


Last-last, aku bengang, terus aku blah. 
Yang brader tu pulak baru sibuk nak panggil aku; "Kak, kak!"
Ceh. Kalau kau panggil aku; "Dik, dik!"
ada harapan jugak la aku nak patah balik, beli. 
Tapi kau panggil aku 'kak' kan? 


Tak mungkin ku berpaling. Huh.


5 comments:

Cik Yuyu said...

ahahha!pggil kakak pulak.. klo panggil cantik manis ke, sedap sket. hehe! dah tu, xde air la ni? siannnnnnn.. ^^

Aisyah Hazwani said...

Apalah brader tu.
Tak reti langsung amik hati pelanggan >.<

Rtp Farra Arisha said...

seharusnya dia jadi aktif dan bijak mengawal pelanggan sekiranya ingin menjadi seorang penjual...

Ezad Skytech said...

aihh...yg brader tu pun satu...bukan akak tu sorang je pelanggan dia..adehh...

Hanamiko Sakura said...

sapa yang tak bengang kan.. hehehe

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...