Tuesday, February 14, 2012

Emaressem Perndunk


Rase nak pengsan gelak sorang-sorang tengok gambar lama yang member aku upload kat mukabuku. Kredit to Khal sebab kamera beliaulah yang men-snap memori-memori indah ni. Dan kredit to Bai sebab tolong scan dan upload segala :) Okay, mari layan gambar.

Nampak tak kegigihan aku pegang buku tuuu?

Gambar yang kat atas ni, nampak tak jalan raya kat belakang tu? Itulah tempat denda kami. Selalu kalau prep malam, ketua warden datang check kelas naik kereta kuning dia tu. Dengar je bunyi enjin, semua senyap macam takde orang. The next day, ketua warden tu datang check prep malam lagi. Tapi kali ni dia naik motor. Dengar je bunyi enjin, semua lintang pukang la lari duduk tempat masing-masing. Senyap. 

And the next day lagi, ketua warden tu datang naik BASIKAL???!!!! Kentang. Sape la yang sedar bunyi basikal? Beliau siap masuk senyap-senyap lagi dalam kelas tauu. Semua orang tak perasan. Memang ramai la kantoi malam tu. Termasuk kelas aku. Satu kelas kena berlari kat jalan raya dalam gambar tu, dan pusing roundabout TANPA PAKAI KASUT hokeyyyhhhhh. Kental tak?


Bergambar depan logo Mara pun bolehhh. Layaaaann. 
Aku yang baju biru, bunge pink.


Yang ni before pergi Kem after kami habis PMR rasenyer :)


With our BM teacher :) Pak Lan!

Aku kurussssssssssss (yang duduk)!! Haha. Sekarangg???

Masa form 3 ni la paling banyak kena denda. Ada yang kena wushu (warden laki cubit student laki kat tete*), ketuk ketampi 100 kali, lompat bintang, lari pusing padang, pusing sekolah, pusing dewan makan, segala-gala pusinglah! Yang ketuk ketampi tu aku tak kena, member aku kena kesian gilaaaa. Sampai tak boleh nak jalan. Terkangkang-kangkang. Bila nak turun tangga, kaki rasa macam nak tercabut je. 

Denda tulis 'saya janji tak buat lagi bla bla bla..' beratus-ratus kali pun ada. Siap suruh member tolong buatkan. Biar la tulisan lain-lain janji hantar. Lepas hantar, warden tak tengok langsung terus lempar dalam tong sampah. Cool habisss.


Yang ni tak pasti lah time bila. Macam dalam dewan je. :)


Before pergi Kem :D
Aku yg baju merah sebelah baju kuning belang-belang tu.

Yang baju belang ni kan, baju rumah sukan tau. Aku rumah biru, so belang aku kaler biru. Aku tak tau laa sape yang design baju ni tapi kelakar nak mampos. Dalam banyak-banyak design, belang-belang jugak yang ko pilihhhh. Tapi dalam aku tak suka tu, aku beli la jugak. Aku kan baik. Baju tu yang best pun kualiti kain dia. Sedap je pakai sejuk. Corak dia je la yang err..erkk..erm. 

Haritu ada pertandingan choral speaking kot tapi dalam bahase melayu. Ada satu kelas ni punya ayat lebih kurang macam ni "Zaman sekarang, budak-budak dah pandai tunjuk belang...."..........Lepas tu, keluar 2, 3 orang student pakai baju sukan belang tu sambil 'tunjuk belang'. 

Lejen.


Rindu giler kat sekolah ni tauuu. Sobs


Aku dua dari kiri. Zaman sememeh.


Dekat kolam ikan. Ikan keli dier besar giler okay.

Okay itu saje update untuk hari ni! 
Babai!

emaressem perndunk : mrsm pendang






12 comments:

Cik TeN10 said...

Emm aku pn rindu kt skolah gak..aku dulu sek.men.sains pokok sena (saina).. Tau x ? 5 tahun kot kt skolah men tu.. Banyak gila memori.. Dan aku rasa mmber2 yg plg best skali adlh mmber msa zaman skolah la !! Sama2 kena tubi ngn cikgu.. Kena denda.. Sama2 buat nakal.. Terbaikk !! Skrg masing2 dgn haluan masing2..ramai yg dh tunang and nk kawin dh.. Baru tersedar yg dh besar upanya.. Haha =p

Hanamiko Sakura said...

budak2 yang duk asrama mesti banyak kenangan...^^ rindunya dengan sekolah...

ctzainal said...

comel paani mase sekolah dulu.hehe :)

ShahzCudin said...

nmpk retro plak gmbar2 tu..

bighagenjo said...

amboi,, tekenang kenang kenangggg..

k h a y said...

wey sungguh epic okay gambar dan kenangan tu semuaaa...

i loikeeeeeeeeee!

fafa punya said...

Waaa!!! Kenangan dulu2!

IrA said...

wehhh rinduuuuuuuu....nanti nak korek2 jugak la gambar dolu2...

miss faten said...

Lejen, lejen gambar tu semua :)


Akak 5 tahun kat asrama mesti lagi banyak pengalaman kan? Saya ni sempat merasa 2 tahun je pun dah rasa macam-macam :)


Serious, sekolah berasrama is the best!

Dhiya Fariza said...

gelak guling2 baca hehe. funny part warden dtg check naik basikal! haha

♥ p a a n i ♥ said...

Cik TeN10:
heheehe engko tu biler nk kawen? cpt la balik msia ni haaaa ;p tp zmn sekolah (asrama) mmg best kan?? aku ade kezen kt skola ko tu.hehe ;p

Hanamiko Sakura:
heeee..sekolah mmg akan sentiase dirinduiiii ;p

ctzainal:
hehee..takde lahhhh.selebet ade la :)

ShahzCudin:
hahaha gmbr lama kannn

bighagenjo:
terkenangggg..flash back.hehee

k h a y:
kannn? hehehe mane ko khayyyyyyy?? pendang aku xde gmbr dgn ko kannn. sobs

fafa punya:
hehe zaman hingusan ;p

IrA:
hehehe ni lagi sorang..kenape xsnap pic dgn aku duluuuu?? kikiki... korekk gmbr lame2 tu zatul..t upload ehh :P

miss faten:
hehehe mcm2 tauu kt hostel ni.. ok la tu 2 tahun pun msti puas rse asam garam duk hostel kn? hehe yup2..asrama is the best :)

Dhiya Fariza:
hahahahaha kan kannn.. sape la sangkaa dia datang naik basikal..mmg ramai la kantoi ;p

ejaa said...

memori gila!
huhu

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...