Tuesday, December 27, 2011

Analogi Part 1



Emak aku selalu cakap;
"Kalau dah kahwin, dah ada anak, berus anak-anak tu betul-betul."


Maksud ayat emak aku:
Berus anak = Pantau anak bagi belajar betul-betul.




 Tapi yang selalu aku bayangkan:



Okay, aku lurus.





Sunday, December 25, 2011

Lalat dan Katak Gergasi. Awas.


Seminggu aku duduk rumah kakak aku, Pona di Subang. Rumah dia dah lah ada Unifi. Memang heaven gila la men-download segala cerita korea/jepun. Kalau kat rumah aku, nak download satu episode pun amik masa 3jam macam tu la, ni kat rumah kakak aku, satu episode tu, 11minit macam tu je. Alahai. Seronok betei. (aku taktau kenape ramai eja betul sebagai 'betei' dalam twitter, #pengaruhtwitter).

Maka, dah seminggu berlalu, kami pun balik lah Gerik. On d way nak balik tu, singgah lah Batang Berjuntai (now dah tukar nama Bestari Jaya), makan-makan. Aku dan mak order roti canai, kakak aku order mee goreng. Sekali, masa tengah sedap makan, kakak aku terjumpe seekor lalat dalam mee tu. Terus kembang tekak. Geli hokey lalat dalam mee. Eeeii. Kitorang nak mintak ganti rugi tapi malas pulak nak cakap dekat tokey tu. So biarkan aje.

Lepas tu, kami singgah makan malam pulak kat tempat lain (masa tu dah nak sampai Gerik). Aku order kuew teow goreng. Sedap gila weh kuew teow dia. Sekali masa aku selak-selak kuew teow tu, terjumpa seekor lalat yang besar gila b*bi!!! Aku rasa saiz dia dah macam saiz lebah. Serius. Sampai mak aku pun cakap bukan lalat, tapi lebah. Tapi aku rase dia lalat. Eh entah lah. Memang terus aku luahkan balik semua (yang aku tengah sedap kunyah). Tak lalu wei. Hilang selera. 

Ape hal lah dalam hari yang sama, 2x jumpa lalat dalam makanan?? Pengotor habis dua-dua kedai tu.

Aku terlupa nak snap gambar lalat tu.



Besar tak katak ni? Hohoho
Aku dating dengan beliau kat  rumah nenek aku.
(eleh padahal terjerit-jerit kegelian tadi)


p/s: Betul ke orang cakap kalau terkena air k*ncing katak kat mata nanti buta?


Saturday, December 24, 2011

Fibox


Hai semua. 

Rasenye semua dah tau kan shoutmix free service dah nak stop kan? Kalau tak percaya sila klik sini. So mula-mula aku rasa remove je la shoutmix tu, takde pun takpe. Tapi tak syok pulak kan, orang yang melawat tak leh nak tinggal jejak/url. 

Nak try cbox tapi macam tak berminat. Sebab cbox everytime nak tinggalkan jejak/url mesti kena masukkan url blog tu berulang-ulang kali (untuk blog yang berlainan). Aku ni pemalas. Nak taip banyak2 kali url blog aku tu pun malas. Tu la pasai mane2 blog yang guna cbox memang aku jarang la tinggal jejak, just komen entry cukup. 

Maka, setelah aku bace kat blog ni, aku pun berminat nak try fibox. Fibox ni just nice. Sekali ko dah log in, ko pegi lah fibox kat blog mane2 pun tak payah dah nak masukkan url segala. Dia dah log in siap-siap ala-ala shoutmix jugaklah. Ko trus boleh tinggal jejak dengan suka hati. Dan yang penting ianya FREEEEEE. Sape nak try jugak boleh register kat cni

Inilah fibox.


Haih. Sayang pulak aku tengok shoutmix aku ni. 
Dah tinggal kenangan jela. 
Masuk January aku remove je la kot. 
Alahai. Sodih den!



Friday, December 23, 2011

Untitled



"Bukankah diam itu lebih baik?"



Wednesday, December 21, 2011

Lebih



Masa aku sem 7 di UPSI, aku dan kawan-kawan diwajibkan buat/rancang/jalankan satu projek/ceramah/program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah. Kemudian, kami decide nak buat program tu  di sekolah yang berhampiran dengan kampus kami tu. 

Pagi tu, waktu pelajar-pelajar dah berkumpul dalam dewan, maka datanglah cikgu kaunselor diorang nak kira cukup tak pelajar yang hadir. Kira punya kira punya kira, terlebih seorang. Contoh pelajar-pelajar tu ada 28 orang, sekali kira ada 29 orang. Banyak kali kira pun still 29 orang. 

Aku masa tu blurr. Apekah? Ada pelajar tingkatan lain datang senyap2 kot nak dengar ceramah motivasi ni kot. Aku kan memang lambat pikap. Sekali cikgu kaunselor tu cakap; "Ada 'orang' lain datang ni.."

Gaya macam seram tak?
Ketaq lutut cheq!

Seram jugak la lepas aku dengar. Then the kaunselor cakap menda ni dah biasa berlaku kat sekolah tu.. kalau time nak kira bilangan pelajar mestilah terlebih. Ada 'orang' tumpang datang. 

Lepas tu kaunselor tu dengan gagahnye buat announcement; "Kepada yang 'tidak berkenaan', harap pulanglah ye." 

Beberapa minit lepas je kaunselor tu cakap macam tu, bila kami kira balik bilangan pelajar haaaa cukup pun kau 28 orang. 'Orang' yang terlebih tu dah pulang la gamaknyee...

Tu je nak cerita. Salah satu pengalaman aku. 


Now time for sharing the pics! (padahal dua keping je pun kecoh la kau!)





Kalau korang ahlil nujum bijak laksana, mane satu aku?


CHRISTINA PERRI - A THOUSAND YEARS (cartoon version)



Enjoy~ :)

p/s: Main hentam je lukis. Ada yang tak sama dengan meaning ;D

Monday, December 19, 2011

Fokus Hilang





Haritu kan. Aku drive sesorang nak jumpe kawan aku. Lepas tu kan, masa kat jalan raya, aku pun busan. Maka aku nak on cd player tu. Aku pun tekan la punat on tu, lepas tu aku meng-next-next kan lagu yang tak besh. Disebabkan mata aku asyik ke cd player tu, maka pemanduan aku pun telah senget ke kiri. Sedikit demi sedikit. Aku tak perasan. (Gila tak perasan!!)..


Sekadar gambar hiasan.

Kemudian, ada kereta lain dari belakang hon aku. Tuan empunya kereta tu perasan kot aku bawak dah makin ke tepi. Lepas dia hon baru aku sedar kete dah ke kiri sangattttttt. Bila kete tadi tu overtake kete aku, aku buat muka cool je tapi sebenarnya aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Iye. Aku malu. Hehe.

Sekian.

p/s: Harini certain somebody ada final exam. Good luck and all the besh!! ;D


Thursday, December 15, 2011

Saudara



Semalam suami kepada sepupu mak meninggal. Sebab serangan stroke kalau tak silap lah. Meninggalnya jam 11 malam di Hospital Ipoh dan jenazah sampai di rumah jam 4 pagi tadi. Al-fatihah untuk arwah.

Ramai saudara/rakan-rakan/kenalan yang datang menziarah rumah arwah pagi tadi. Jenazah dikebumikan sebelum Zuhur. Semuanya berjalan dengan lancar takda sebarang masalah. Alhamdulillah.

Aku takdelah rapat sangat dengan arwah. Tapi bila tengok isteri arwah dan anak-anak arwah menangis, hati aku pun macam nak menangis sebab aku pernah rasa apa yang mereka lalui sekarang. Harap mereka terus tabah.

Mati itu pasti.
Al-fatihah.


Monday, December 12, 2011

Takde tajuk boleh tak?



Yellow everybody~~~!! 
Lame rase tak updet blog padahey baru 3 hari tak berupdet. Dah kena tegur dengan cik ten10 & cik jingga sebab tak updet... haha..serius tak tau nak updet ape weh.



Biaselah blogger yang mood swing macam aku memang kadang-kadang otak boleh jadi kosong takde idea. Bukak bloggerdotcom lepas tu menung panjang depan screen laptop. Lepas tu tekan 'pangkah'. Hah! Aku rase semorang penah je jadi camtu kan? 

p/s: Akan blogwalking habis-habisan bila mood dah ada. :)
(Gediks betul nak kena ikut mood segala)



Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday #3: Nikon 2pm





Cousin aku sms; 

"Kak Ani kenal Nikon tak?" 
"Nikon apa ni? yg kamera mahal tu ke?" 
"Bukan, Nikon 2pm". 

Kahhhhhhh..berdekah aku gelak.

Nichkhun la! Nichkhun. hehe




Tuesday, December 6, 2011

Gua excited!



Harini aku excited. Sebab pagi nanti aku nak pergi tengok wayang dengan kawan aku. Aku dah lama tak tengok wayang weh. Last tengok yang Harry Potter 7 Part 2 tu jela dengan abang aku dan jugak kakak ipar aku. Eh yeke? Eh tak tak! Last tengok citer Johnny English yang kelakar nak mampus tu & Final Destination 5 dengan certain somebody. Eceh.





Aku tak tau ape motif aku lukis gambar kartun mulut muncung bajet comel?
Suppose gambar kartun kat bawah ni ha.. 
meleleh air liur excited punye pasal!!



But still tak decide lagi sama ada nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn or Ombak Rindu. Haha. Nanti time beratur nak beli baru lah kitorang decide. Kalau rasa-rasa agak tamak, tengok je la dua-dua kan? Muahahaha.

Tempat menonton dirahsiakan sebab takut orang serbu. eh? 
(okay aku nak jugak fefeeling retis nih...*err..sila lempang aku sekarang*)

p/s: Hari ni besday kakak aku. Hepi besday Pona! :)





Saturday, December 3, 2011

Tak marah pun...


Pagi semalam aku pegi pasar. Parking penuh masa tu. And then, mata aku yang tajam ni ternampak la satu parking ni. Maka, aku pun drive ke situ.. Namun, ade sebuah motor pulak kat parking tu. Dah la itu tempat parking kereta. Selamber mak cik tu je parking kat situ. 

Takpelah, sebab dia pun dah nak gerak. Aku dah bagi signal nak masuk parking tu, tunggu mak cik tu blah je.   Lepas tu, punya la tunggu lama dia nak cari kunci motor, dia nak susun duit dalam beg duit dia tu (sebab dia simpan kunci moto dalam beg duit tu, so mase nak keluarkan kunci habis duit dia tak tersusun<<--gila tajam tak aku memerhati?) 



yang hijau tu motor mak cik tu.


Dia nak start enjin tu pulak satu hal. Lame bebenor. Aku dah tak sabar dah ni. Sebab belakang aku dah ada kereta tak boleh nak gerak sebab aku dukkkk menunggu parking tu. At last, mak cik tu pun blah dari parking tu. Alhamdulillah.

Elok je aku nak masuk parking tu, nyiuuuuuuuuu.... laju je ade motor lain masuk parking kat situ. Aku dah macam nak memaki tapi aku tahan je la. Eiii..geram. budak pompuan ni aku silatkan jugak karanggggg.



kaler pink tu adelah moto budak itu.

Budak tu nampak macam budak sekolah. Duk parking kat situ, then terus keluarkan henpon balas sms. Siot. Ko tak nampak aku dok bagi signal nak masuk parking ni lahabau? And then ade ke parking tu nampak macam parking moto? Ade? Padahal parking untuk moto sebelah parking kete tu berlambak. Parking ni jugakkkk ko nak rebut dengan aku. 



Memang aku bengang tahap dewa!! So, nak lepaskan geram, aku tekan hon tak berenti sampai budak tu blah. Padan muka. Pedulik hape aku orang tengok. Yang penting aku dapat parking tu. Puas!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHAHA

Iye. Aku tak marah pun. Just bengang je.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...