Tuesday, October 25, 2011

Derma darah.



Seumur hidup aku, sekali je aku pernah derma darah. Masa aku tingkatan 5. Masa tu Tipah yang ajak aku derma sebab dia beriya nak derma darah. So aku pun follow, walaupun mula-mula aku rasa takut nak derma darah ni. Takut sakit. Padahal tak sakit langsung. Serius.





Mula-mula dia timbang berat badan. Sape-sape yang bawah berape kilo entah tak boleh derma darah. Kira sape2 yang tak cukup berat tu memang sah-sah la tak boleh derma. Disqualified terus. Aku yang errrrr..berat ni, kompem-kompem la lulus nak derma.. HAHA. Lepas tu akak nurse tu check-check, darah aku jenis O. Sama macam mak aku dengan abang aku. 


Lepas darah aku dah diambil, aku tak ingat berapa mL, nurse tu pun plaster kan lengan aku tu. Then dia cakap lepas hilang pening tu boleh la beredar. Aku pun relax relax dulu atas katil tu. Jadi letih tiba-tiba. Lepas dah ada tenaga sikit baru lah aku bangun dari katil tu. Disebabkan katil tu tenggelam (sebab aku berat ke?), aku pun push guna tangan aku, sebab nak angkat b*ntot aku dari katil tu.. masa tu aku lupa pulak tangan aku tu luka yang baru di-plaster. Mane boleh terima tekanan kuat.


Lepas je aku turun dari katil, aku pun tengok lah lengan aku yang nurse tu plaster kan tadi. Sebab rasa berdenyut-denyut pulak. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...terkejut beruk la aku, sebab plaster tu jadi kembung, macam ade cecair bawah dia. Aku syak darah aku la tu keluar balik, sebab aku tekan tangan aku masa nak bangun dari katil. Aku dah cuak dah. Terus aku panggil nurse tu. Nurse tu pun datang and dia pun terkejut.






Nurse tu pun terus bukak plaster lengan aku tu, terusss mencurah-curah darah tu keluar ke ladang gandum, meleleh-leleh. Menakutkan okayy. Banyak gile darah bocor kat lengan aku tu. Rasa nak pengsan tengok. Okk..terover. Takdelah nak pengsan. Just terkedu je tengok darah tu.






Then, nurse tu pun balut dengan plaster yang baru and nasihatkan aku, jangan guna tenaga sangat dengan tangan tu. Baiklah kak. Saye menurut perintah! Lepas tu dapat makanan freeeeeeeeee!!! yehuuuuuu... and dapat pil iron. Kot? Lupa dah pil iron or ferum. Sebab nak bagi darah tu bercambah balik. Tapi aku tak makan pun pil tu. HAHA.





Begitulah kisah aku menderma darah. Maka di sini aku menyeru semua pembaca blog ni agar derma lah darah anda jika anda bersedia. Bukan diorang amik semua pun. Ape lah salahnye kongsi-kongsi dengan orang yang memerlukan. :) Ayuh!








25 comments:

Dhiya Fariza said...

MAKAN PILL TU! sincerely : future doctor :D tahniah kerana berjaya menderma darah!

♥ p a a n i ♥ said...

Dhiya Fariza:
alamak bakal dokterr dah warning.hhehe ok next time derma, pil itu akan dimakan.

Ezad Skytech said...

hee..sy pun pernah sekali je derma darah...hee~

YOUsoF said...

Sama la kita, sekali je pernah derma darah masa belajar dulu.. Lega dapat membantu. Best sebab daat biskut dan air kotak.. ;D

Teringin nak derma lagi..




Macam sakit je, sampai keluar darah semula.. Lepas ni lebih hati².

♥ p a a n i ♥ said...

Ezad Skytech:
hehe lepas ni kalau ade lg, derma ye

YOUsoF:
serius tak sakit..die just lenguh2 je lepas tu kn? tp lebam kt tmpt tu sbb darah yg terkeluar tu ade yg termsuk dlm sel kulit tu (ni member la ckp xtau betul ke x) haha

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah sbb derma darah

Syakirah said...

takpernah derma darah.. takut jarum! hehe

IrA said...

haha entry ko ni kalau tak comel2 n kelakar tak boleh ke..gelak2 aku baca...darah ko o mmg darah yg dikehendaki sgt tu hehe

Cik TeN10 said...

wehh.. aku stakat ni xpenah derma darah sbb aku tergolong dlm kategori yg TERdisqualified.. huhu

DAUD said...

takut ..............

cik.mila said...

saye nak derma gak ritu..tp xdpt coz HB rendah dri 12.5..org y HB tgi dri 12.5 aje leh derma :(

ctk said...

wah..ct xpernah derma lagi.takot..hihih


*comeynyer kartun tuh..takot tgk darah..huhu

♥ p a a n i ♥ said...

::FAIZ FARISH:::
haha time kaseyyy

Syakirah:
alaa xsakit pun cucuk tuu..kalau cucuk bius kt gusi lg sakit tau. derma darah xsakit pun...try lah..hihi

IrA:
haha tipah tu kan, siap diorang mintak nak lebih drah dia sbb berat dia dgn tekanan darah dia sgt stabil.

Cik TeN10:
ayoo.hihi xckup berat ka?xpe xpe.len kali len tambah berat ckit..hehe

DAUD:
hahah daud xkn takot kot??

cik.mila:
alamak. HB tu apee?? hihihi

ctk:
try la ct!! hihihihi

faRahAdILa said...

aku dh 5 kali derma(bkn nk blagak tau). tp ada skali tu tbe2 pandangan aku gelap. terus nurse tu terbalikkan kerusi yg kita baring tu. kaki ke atas, kepala ke bawah. haha. pas siap derma, lamaaa baring bru bangun. aku syak sbb time tu aku makan lambat n penat baru lpas buat kerja berat. tau2 ade derma darah, trus g. and pil tu pn x penahnya aku makan. baru2 ni je member aku dok makan, aku bru makan. yg berat tu, bawah 45kg x lepas derma. kuruih sgt kot utk derma darah. hehe. part darah ko memancut kuar tu scary wehh.

♥ p a a n i ♥ said...

faRahAdILa:
farahhhh!!! 5 kali ko dermaa..bgusnyeee..org kate lepas derma darah badan naik.apesal ko maintain??? aku naik kottt.ni xpuas hati ni...hahahaha. erm..maybe kot ko tgh penat kan. then trus derma.pening2 la pastu..xpe xpe. now dh sihat okaylah.

ShahzCudin said...

da 2 kali derma darah..yg kali ke-3 doktor xkasi derma sbb xcukup tdo..tp xpernah pon dpt pil..

YOUsoF said...

OH.. hehe.. ;D

dekna gorjes ^_^ said...

penah bebrapa kali...
ada org ckp jgn mkn pil..merangsang kita utk lgi mkn...tpi x tau sjauh mana kebenaran...and yes berat bdn ai naek ye lpas derma..haha sbb mkn pn makin lalu je an an an~
^_^

♥ p a a n i ♥ said...

ShahzCudin:
uikss..xpenah eh dpt pil? xsilap la kan, pil tu cam kaler coklat2.kecik2.

YOUsoF:
:)

dekna gorjes ^_^:
dekna gojess??????? hueheuhue. aah penah dgr gk pil tu lah penyebabnye nk makan makan makan!!! hahha kalo kak ani lah, xmkn pil tu pun makan tetap jalannnnn.

Cik Awin said...

tahniah2...berani la menderma...awin dh berbelas kali menderma...dh jd rutin, 3 bln sekali mest derma drh, senang sbb keje kat spital...yg pil tu mmg x prnh mkn pn, hehhehe

k h a y said...

nak derma darah jugakkkkkkkkkkk...... sape aku nak ajak ni ye. Kau nakk??

♥ p a a n i ♥ said...

Cik Awin:
wahhh lagi banyakk dermaa! bagusnyaaa!! :)

khay:
jangan ajak aku! cukuplah sekali.cewah.hahaha

Cik TeN10 said...

a`ah.. xckup berat.. huhu.. tp kan aku ada dgr kalau derma darah boleh buatkan berat badan naik..so aku pun beriya2 la nak derma darah..sambil buat baik mna tau berat badan aku leh naik kan..skali xlayak plak.. huaaa

ejaa said...

alahh takot derma darah

♥ p a a n i ♥ said...

Cik TeN10:
adoyy yeke? hahahaha xpelah wehh. ko tambah dulu berat bdn ko then g derma darahh kalau layak..kihkih :D

ejaa:
hehehe yeke jaja??

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...