Tuesday, October 11, 2011

Berisi.


Tengok tajuk entry aku tu korang dapat agak tak aku nak membebel pasal apa? Okay, kalau dah dapat agak, duduk diam dan baca senyap-senyap. Biar aku je cerita korang jangan menyampuk. Untuk makluman semua, aku ni tergolong la dalam kumpulan 'berisi', senang cakap gemuk la. Haish, nak taip gemuk pun susah. Tapi guna 'berisi' biar nampak sopan sikit ye dak?

Dan di sini aku nak kongsikan kepada semua golongan masyarakat situasi-situasi di mana ianya pernah menyakitkan hati aku sepanjang aku termasuk dalam golongan 'berisi' nih.


SITUASI 1:



Situasi pertama ni aku rasa ramai je pernah alami betul tak? Di mana ianya terjadi apabila korang terserempak dengan saudara-mara atau kawan-kawan lama korang yang sememangnya lama tak jumpa. (Okk..ter-skema ayat la pulak kan). Ye, situasi di atas sangat menge-kecikkan hati aku yang besar ni. Mane taknye, korang excited jumpe saudara-mara@kawan-kawan korang tu then tiba-tiba ayat pertama yang keluar dari mulut diorang;  "eh...makin berisi la ko nihh." 

Aku betul-betul tak tau ape aku perlu jawab kalau orang bagi soalan macam ni, so terpaksalah aku jawab; "Eh...biaselah tengah bahagie..". Sambil senyum-senyum. Hah. Yelah. Nampak je aku senyum kan, tapi dalam hati, tuhan je tahu. 



 SITUASI 2:



Situasi kedua di mana kawan-kawan korang yang obviously KURUS dari korang but still depan korang nak cakap dia tu gemuk lah, pipi tembam lah, betis kembung lah, etc. Hey...kemonlahh. Mane common sense korang? Kalau ye pun nak mengadu korang dah gemuk sikit, tolonglah mengadu dekat orang yang sama taraf tahap kekurusan dengan korang, bukan dengan aku. Korang tak terpikir ke ape akan aku rase?


SITUASI 3:


Situasi ketiga ni yang paling aku menyampah tahap gila babi!!! Kalau keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan pergi shopping mall, and then bila ternampak je mesin penimbang berat badan, terus ramai-ramai pakat serbu. Aku tak kisah la kan kalau korang nak timbang, timbang lah, duit korang, bukan duit aku. Lagipun 20sen je kan. Lantaklah. Tapi yang menjadi masalahnya apabila korang dengan selambernye suruh aku timbang jugak. Well...hey??? Dah nampak aku macam mengelak tu tak perlulah nak paksa-paksa aku. Aku taulah dengan tau berat badan aku boleh lah korang ejek-ejek aku kan? Ingat aku tak tau niat dalam hati masing-masing. Rambut je sama itam, hati lain-lain.





**************************






Kadang-kadang aku pelik jugak kenapa manusia selalu je nak cari kelemahan orang lain. Dan kelemahan tu jugak lah yang dia nak highlight-kan sedangkan aku buat salah dengan dia pun takde. Contohnya adalah sorang makcik ni, masa dia datang kenduri kahwin kakak dan abang aku dulu, selamber je dia cakap kat mak aku; "Haaa... time Ani (aku) kahwin nanti kerusi kena letak yang tahan lasak sikit kalau tak roboh nanti." 

B*BI tak?

Padahal aku tak pernah pun nak mengata dia, mengata anak-anak dia. Jauh sekali aku nak sakitkan hati dia. Tapi dia selamber je hina aku.

Lagi satu yang situasi pertama tu, agak-agak la kalau jumpa kawan lama kan, tak payah la nak kecoh dia berisi or tak. Jumpa bukannye selalu. Esok-esok manelah tau tak sempat nak mintak maaf dengan aku cemana? 

Haritu aku ade pergi reunion dengan Khay, Khal, ngan Ain. Diorang ni aku tak pernah jumpe sejak aku habis PMR. Bayangkan 8 tahun tak jumpa, bila jumpa kompem-kompem la diorang perasan yang aku dah berisi kalau nak dibandingkan dengan masa aku form 3 dulu. Tapi TAKDE sorang pun dari diorang yang cakap aku berisi or whatsoever. Aku ulang, TAKDE. Serius aku terharu. Tsk. Kawan baik aku pulak, Izzah lagilahhhh tak pernah/tak terlintas nak cakap aku berisi. Nama pun kawan baik kan?.

But, bukan semua kawan itu baik, ada jugak yang tak habis-habis menyakitkan hati kita. Aku terpikir jugak mak ayah diorang tak ajar ke tak baik mengata/sindir orang? Serius, kalau aku nak, aku boleh je bagi se-das kat sapa-sapa yang perli-perli aku; contohnya;


"Besar betul jerawat ko, susah nak beza ko dengan ikan flowerhorn."

"Habis semua oksigen kat sini kena sedut dengan lubang hidung ko yang besar tu."

"B*ntot periuk aku lagi putih dari kulit ko." 


(sorry jangan terasa dengan ayat-ayat di atas, sekadar contoh sahaja.)

See. Ayat aku pun pedas jugak jangan main-main. Tapi aku taknak cakap camni sebab mak ayah aku tak pernah ajar aku kurang ajar dengan orang. Tu sebab aku tak pernah pun cakap kat orang macam tu. Sebab aku tau kutuk ciptaan tuhan dan menyakitkan hati orang tu berdosa. Tapi kenapa orang boleh sesuka hati nak perli aku berisi?

Orang-orang yang suka perli aku tu kadang-kadang buat aku terfikir jugak, kemungkinan besar la before dia pergi sekolah mase kecik-kecik dulu, bapak dia pesan; "Haa..pergi sekolah tu kalau jumpa kawan yang gemuk, terus je cakap dia gemuk, jangan pendam-pendam."

Ada ke bapak ajar macam tu?
Takde kan.






Sedih ok....








And lastly soalan aku;






HINA KE ORANG GEMUK NI?




dan




SEMPURNA SANGAT KE ORANG KURUS?







Be careful of the words you say,
Keep them short and sweet.
You never know, from day to day,
Which ones you'll have to eat.

-anonymous



p/s: Aku minta maaf kepada semua kalau ade aku sakitkan hati secara sengaja/tak sengaja. :(







19 comments:

Cik TeN10 said...

itulah ygg dinamakan mulut org.. kl mulut tempayan takpe jugak sng nk ttup kan.. ignore je bnda2 yg xleh menaikkan smngt diri.. setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2.. lantaklah diorg.. yg pnting kite happy ! :)

Dinar said...

paling tak tahan komen makcik yg dtg kenduri tu...mungkin makcik tu "terlebih diajar" kot paani... Apa pun paani saya suka tgk org berisi...bahagia.. betul!

@naBest said...

I pon kdg2 kena.. wooowooo
salah satu ayat pedas dari ai..
"gemuk gemuk pun ai ade laki, ade anak. kau hado?!" muahaha...terdiammm kauuuu...

dikna said...

fuh~ nice post~
be yourself apa2 pun...

k h a y said...

Sobs...

Paani.. sedihnya. Kau kecik hati ek.. Sabar banyak2. Mulut orang mmg tak boleh nak ditutup. Sedihkan bila alami situasi macam ni.

Xpe wey, pedulikan je dorang semua tu. Even ak fhm sakit hati bila orang ckp kt kita mcm tu..

Cmpany ak lagila bt bulan kesihatan tau. Haa jenuh mcm2 xtvt yg serba x ikhlas nk nk ikot. LOL.

miss LoLy iEka said...

oh.. sgtlah same ngn ape yg aku rasa
bila perut makin buncit..
pipi makin tembam
peha makin "drumstik"

raya ri2 ada sedara aku tegur
'awat hang tembun sgt la ni?'

kawan2 pn ada cakap
'ka...badan ko naik lahhh"

:(

bila nk kurus??azam dah ada buat x pun

kdg2 kita rasa mcm x smestinya kurus 2 cantik gemuk xcantik. tapi surrounding kita semua anggap kurus tu cantik.

ishk. :(

ShahzCudin said...

salam..
alaa..peduli la org kata ape..klo xnak kne mengata lps ni kena amalkan gaya hidup sihat..kwn2 prempuan aku selalu ikut senaman yg artis korea buat..dorg tgk kt youtube..

meorsoleh said...

kadang2 orang tu tegur bukannye sebab saje nk sakitkan ati awak, tapi sebab die ambil berat. ye la orang yang gemuk ni ade risiko untuk banyak penyakit2 berbahaya cth darah tinggi dan kencing manis. pastu nak cari saiz baju pon susah.

kalo shopping baju kurung, dah jumpa design cantik, bila try pakai dah terletak cantik kt badan, tapi lengan plak tak muat. tak ke rase nak nanges?? *bukan pengalaman sendiri ye*

that's why ape2 yg kita buat tu niat kene betul. kalo nak kurus, berusaha la sebab nak sihat. sebab nak jaga mak bapak, nak jaga anak beranak, jaga keluarga, jaga orang yang tersayang.

but anyway, sebenarnye kita jangan amik port sangat ape orang kata. kalo gemuk orang kata, kalo kurus sangat pon orang kata.

yang penting kita buat ape yg perlu buat. an the end of the day, nnti kita berpuas hati la dengan usaha kita. bak kata Ustaz Hasrizal di Saifulislam.com, don't be yourself, but be the best of youself

untuk mengakhiri bebelan ni, sekali lagi diingatkan jgn amik port sangat. just take it easy. hehe

Hanis MY said...

Takyah la hangout dgn org mcm tu cr kawan yg boleh terima kita seadanya tkpun Anggap tu sbg motivasi.. Ataupun gurauan...Dan omongan kosong je, Chin up girl... Hugs!

hujanlebat said...

wahh. bila incik pakwe ko bagi nasihat.

alaoani pedulik kan sajokkk mulut2 puaka itu.

at least ko ade boipren bakal doc! aku xhadoo. hahaha.

gaji ckgu naek belanjawan 2012.

IrA said...

mulut org paani..nak wat macam mana..macam aku yg kurus ni,org cakap aku kena terbang angin la,pakai baju tak cantik n yg paling teruk aku kena..bila balik dari korea i lost my weight so much and org tanya aku..amek dadah ke ko ni kat korea tu..what?????mulut org bia je k..cantik ke idak,kurus ke berisi x penting asalkan hati baik...:)

ctk said...

ct pon berisi...adew kawan ct yg ct dah lama xjupe..tetibe jumpe, trus dy cakp..'eh berisinyer sekarang'...ct pon balas la ngan senyuman sambil berkata 'hehehehe'...tp dalam aty tuhan ajew tahu..huhuhu

p/s : sentap aty nyah taw :(

sha my heart said...

Sabar je la.

Manusia kadang2 suka menggelakkan orang lain tanpa sedar setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

fafa punya said...

sy jahat jugak dulu..kalau org cakap sy gemuk, sy balas balik macam2..

*Aku orang kaye..ko miskin, sbb tu ko kurus. Kesian ko*

hehe.

bighagenjo said...

sama la..
eden pon kena sama sebijik mcm kat atas ni.

paling nyampang yang da memang kering, heboh cakap kat eden gemok la, perut buncit la, peha besar la.. kalau kering mcm tu cakap gemok,, da tu eden ni apo? obes? Apola..

bukan lah tacing, tapi rasa dihina. kemmon laaa

aeryn mummy aiyris zarra said...

kak rin jeles blog ani banyak org komen..blog kak rin sikit je ~eh tetibe.

ala ani, nanti dah kerja nanti kita gi gym eh? siap ada personal trainer lagi. nak?

dorang yang kurus tu tapi tak fit, lemau gak bahahahahaha..

Nurul said...

bak kate kak rin, kurus x semetinye fit. jgn peduli ape org kate. aku pun paham bnde ni sebab aku lagi la kene byk kali. asal balik malaysia kene. adoiiila down kot. tapi lantak la, janji aku sihat! go poni go. jgn rase rendah diri. you are beautiful just the way you are :)

Atie iskandar said...

pedulikan ape org kate.. org pandang.. yg penting kite xkacau hidup dy, xmntak duit dy beli makanan, dorg jeles, sebb gemok kan comel.. ;)

♥ p a a n i ♥ said...

Thanks semuaaaa :)

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...