Sunday, September 4, 2011

Raya 2011


Hari raya pertama yang semua ahli keluarga ada, tapi sorang je takda. Arwah abah. Raya-raya sebelum ni, pagi-pagi before pergi sembahyang raya, kami semua akan berkumpul dulu, lepas tu arwah abah akan bagi ceramah dalam 10minit. Ceramah tu tentang perkembangan dan pencapaian kami adik-beradik dalam masa setahun lepas raya tahun lepas (sebab setiap tahun ada ceramah ni). Masa tu arwah abah akan cakap, mana yang okay, mana yang dia rasa kurang, mana yang dia rasa kita kena perbaiki, mana yang dia rasa apa yang patut kita buat. Masa pagi raya tu lah arwah abah akan keluarkan semua pendapat dan pujian dia secara ringkas. 

Lepas habis ceramah semua akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Mula dari emak yang akan minta maaf dari arwah abah diikuti oleh abang, nyah, yang dan terakhir sekali baru aku :) Semasa bersalam-salaman ni jugaklah 'salam korek' akan berjalan. Sambil minta maaf, sambil dapat duit raya. hehe. Alhamdulillah tahun ni masih dapat duit rayaaaaaa...yehuuuu. Tapi tahun ni tidak ada ceramah itu lagi.. lepas semua dah bersiap shantek shantekkk terus duduk di tempat masing-masing dan terus bermaaf-maafan dan jugak 'salam korek'.

Raya tahun lepas aku ingat lagi arwah abah ceramah sampai mengalir air mata dia. Masa tu arwah abah cakap terima kasih sebab tolong jaga dia (masa tu arwah dah mula sakit). Aku pun sama menangis sebab aku ni walaupun nampak macam keras hati tapi aku lemah bab-bab tengok arwah abah menangis ni. Dan tak menjangka raya tahun lepas tu adalah raya terakhir dengan abah.. 


Dan stop sedih-sedih jom layan gambar raya!!


My family.


My family with my cousins.


My mom with Faris Aiman.


Me: Tudung biru gelap :)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN 



p/s: Thanks to all and certain-somebody's family sebab datang beraya. :D

22 comments:

mia Olive said...

selamat hari raya..sila ceria selalu sebab awak pasti manis bila ceria.

faRahAdILa said...

selamat hari raya poni. x mau sedih2. :) dah besar anak2 buah ko. kim salam kt faris aiman! haha. comey!

~Ati_Hime~ said...

selamat hari raya! :)

♥ p a a n i ♥ said...

mia Olive:
hehe ye sedang ceria skrang :P

faRahAdILa:
hehehe faris aiman tanya mana duit raya from aunty farah?

~Ati_Hime~:
selamat hari raya jugak :D

miera pinky said...

selamat hari raya panito.. hee
maaf zahr batin yer..

M@YaZ said...

pic mom and faris aiman tu salam caption.. kena tambah .. watak tambahan abg jat ngan farisya alia..

♥ p a a n i ♥ said...

miera pinky:
maaf zahir batin jugeee mirato!! rindu ko.

M@YaZ:
ohh tak pasan ade watak kt blkg! nmpk alia mcm tgh tabik spring je tuu.

S..U..D..@..I..S said...

wau2 happy2 ceria hari raya

♥ p a a n i ♥ said...

S..U..D..@..I..S:
yeah yeah ceriaaa :)

Sarah Mohd Saleh said...

xpe..xmo sdeyh2 hokeyyy.yg pegi tuh kite sedekahkan alfatihah ;)

sifu im said...

raya dh nk abis pon..tapi x pe la..selamat hari raya gk

♥ p a a n i ♥ said...

Sarah Mohd Saleh:
betul betul :) thanksss :D

sifu im:
selamat :)

nulhazwany abdul malik said...

selamat beraya lagi. hehe
comelnya faris aiman. bulat je ^^

alexa yussida said...

slmt ari raya paani:D

bighagenjo said...

:)

♥ p a a n i ♥ said...

nulhazwany abdul malik:
comel kan? dia baru je meninggal 9 sept haritu.. al-fatihah.

alexa yussida:
selamat hari raya yus :)

bighagenjo:
:)

Cik Jingga said...

tak terlambat lagi kan nk wish SELAMAT HARI RAYA.. masih dlm mood raya lagi kan? hahaha..
arwah Faris tu comey.. T_T..

tahun ni raya xde makna bg sya.. Y_Y btw duit raya ttp dpt..hahahahha

♥ p a a n i ♥ said...

Cik Jingga:
selamat hari raya jugeee! hhihi comel kan diee.geramm. :D

takpaa.raya dekat jepun tuuu..hehehe syok apeee.

Cik TeN10 said...

seronoknye dpt beraya dgn family.. aku tahun ni tak beraya pun.. hari raya aku pakai baju tido je.. comel kan ? kah3

♥ p a a n i ♥ said...

wahhh..tak penah dibuat org beraya pakai baju tido je.hahahha. adoyy. takpe, next year kan ade! balik msia okkk.

ctk said...

meriahnyer rye....smpat jugk faris aiman beraya kan...dy sangat cOmey :)

♥ p a a n i ♥ said...

ctk:
itulah..raya pertama n terakhir utk dia.. al-fatihah..

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...