Sunday, July 24, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2: It All Ends



Precaution:
Sapa yang belum tengok cerita ni tolong jangan baca. Kang marah aku pulak kan sebab cerita. HAHA.






Source








Okay in my opinion la kan, aku rasa cerita ni memang superb habis. Ye lah tengok dari Harry Potter 1 kan, now dah Harry Potter 7.  Tambah-tambah aku tengok kat wayang, bertambah-tambah-tambah lah superbnyaaa!! HAHA 

Kalau korang perasan kan, setiap horcrux yang Harry Potter and kawan-kawannya ni cari kan, semua kawan-kawan dia dapat take turn hapuskan horcrux tu. Kira semua kawan-kawan dia dapat laa hancuskan mende syaitoonnnn tu. 

Senarai 7 Horcrux:

  1. Tom Riddle's Diary : Harry Potter hapuskan guna taring Basilisk
  2. Marvolo Gaunt's Ring :  Prof. Dumbledore hapuskan guna pedang Gryffindor
  3. Salazar Slytherin's Locket : Ron Weasley hapuskan guna pedang Gryffindor
  4. Helga Hufflepuff's Cup : Hermione hapuskan guna taring Basilisk
  5. Rowena Ravenclaw's diadem : Vincent Crabbe 'ter'hapuskannya guna fiendfyre
  6. Nagini : Neville hapuskan guna pedang Gryffindor     
    7. Harry Potter : Ni Voldemort sendiri avada kedavra kan tapi don't worry dia tak mati pun






SEE? Kira semua merasa laaa nak hapuskan Horcrux tu. HAHA
*geram betul aku nak edit no 7 tu bagi sama rata.tapi entah la tak boleh pulak.ah lantak lah




Yeah off course dalam novel jalan ceritanya lagi panjang and takkan la semua ko nak sumbat dalam movie kan? Okay now, aku nak cerita sikit apa yang lain movie ni dengan novel original nya


  1. Dalam movie part 2 ni dia tak cerita sangat pasal sejarah Dumbledore. Kenapa adik Dumbledore benci dia, and kenapa adik perempuan dia mati. *eh ke dalam part 1 dia dah cerita??*
  2. Ada satu scene dalam novel tu, time Harry Potter dah nak kembali ke Hogwarts sebab nak cari horcrux mahkota ravenclaw tu, patutnya Harry Potter pergi masuk bilik umum ravenclaw kan? Kalau tak silap aku lah. Tapi takdok pulak dalam movie nih.
  3. Ada scene tambahan dalam movie ni, Prof Snape buat assembly and die tanya sapa2 ada sorok Harry Potter angkat tangan! and then Prof Snape sempat berlawan kejap dengan Prof Mcgonagall. *takde kan scene ni dalam novel?*
  4. Lepas tu dalam novel sepatutnya Neville bunuh Nagini tu depan2 Voldemort. Masa dia datang bawak Harry Potter time dia ingat budak tu dah mati. Tapi dalam movie ni, lambat sikit dia bunuh Nagini tu. Siap Nagini sempat lagi NAK bunuh Ron and Hermione tapi Neville sempat datang bunuh Nagini guna pedang Gryffindor.
  5. Dalam novel ada tak Neville cakap yang dia suka Luna? haha rasa macam takde pun kan? Dalam movie ni siap dia cakap die kena luahkan dia suka Luna sebelum dia mati ke ape. Comel gila.
  6. Scene Harry Potter and Voldemort lawan last2 tu aku macam tak puas hati sangat lah. Dalam novel dia cakap diorang lawan depan2 kawan2 lain kan, masa tu tongkat elder siap terpelanting pegi kat Harry kan kan? Tapi dalam movie tak pulak. Diorang lawan kat luar dua orang and takde sape tengok pun adoyyyy.
  7. Dalam movie tak tunjuk Harry Potter pulihkan tongkat sakti dia guna tongkat elder tu. Sebab kalau korang ingat dalam part 1 punya kan tongkat Harry Potter patah masa dia pegi umah sorang nenek tua yang ular nagini menyamar tu.
  8. Dalam movie masa Harry Potter masuk kawasan Hogsmeade, bunyi alarm. Then kalau seingat aku la dalam novel dia tulis masa tu Dementor pun datang lepas bunyi alarm tu, then Harry Potter pun halau guna patronous. Lepas tu bila Death Eater datang, adik Dumdledore, Aberforth sorok kan Harry Potter and the geng and tipu yang tadi tu patronous dia. Lepas tu Death Eater suruh dia try buat balik, tapi patronous dia bentuk kambing and diorang cakap Aberforth tipu sebab tadi diorang nampak patronous rusa jantan. Tapi last-last diorang pecaya juge iakkk. Ye scene ni tiada dalam movie. Dalam movie dia tunjuk lepas alarm tu terus je Aberforth sorokkan Harry and the geng. Takda patronous2 segala.

Okay tu jelah perbezaannya yang dapat aku kesan la. Kalau salah ampunnn. Tapi apa yang diorang ubah dalam movie tu okay je sebab lagi nampak cool and jalan ceritanya lagi menarikkk. Ingat sonang keee nak moviekan novel???? Susah tauuu nak bagi pembaca nampak ape yang die nk sampaikan. *eh emo pulak aku*



Kalau ikut hati aku la kan. Aku rasa Prof Snape ni la hero sebenarnye. Kan kan. Sanggup dia berkorban macam-macam untuk Harry Potter sebab dia penah sayangkan emaknye. Time dia mati kena bunuh dengan Nagini tu memang sedih gila la. Mula-mula aku konfius jugak kan kenapa Voldemort tak bunuh je Snape guna spell Avada Kedavra tu? And kenapa dia nak guna Nagini yang bunuh pulak? Sebab kalau bunuh guna spell tu, kejap je terus mati kan? Yang Nagini bunuh ni lambat la sikit nak mati sebab dia patuk2 banyak kali. 

Last2 baru aku tau kenapa. Kalau Voldemort bunuh dia guna Avada Kedavra, so macam mana Snape nak bagi 'ingatan' dia kat Harry? Betul tak? Kalau dia terus mati kena spell tu, sampai ke sudah la Harry tak tau yang dia tu baik sebenarnya. Sob sob. Memang dia yang bunuh Dumbledore tapi Dumbledore yang suruh. Lagipun nyawa Dumbledore memang dah pendek kan sebab terkena racun cincin tu.



Prof Mcgonagall ada buat lawak masa ni. Satu panggung gelak. Nak tau? Tengok sendiri.





Dan akhir sekali Harry Potter kahwin dengan Ginny Weasley and siap ada anak lagi tu. Ron pulak kahwin dengan Hermione. Ada anak jugakk. And memasing tengah nak hantar anak naik keretapi ke Hogwarts. Time ni memang terpegun la tengok sebab pandai betul diorang make-up semua ni bagi nampak dewasa and matang(macam ibubapa la). Serius nampak berumur sikit. Draco Malfloy dewasa lagi kelakoooooorrrr. Memang nampak tua. HAHA.

p/s: Amboi buat entry macam buat assignment. Siap rujuk google segala.


23 comments:

ijat_asni said...

.likes this so much !.
aku pun buat review yang same kaedahnye
haha~

Hanis MY said...

huwaa best2, akak pun da tgk tp tak bc buku, hebat la tgk muvi n baca buku sure super duper best!

Dhiya Fariza said...

you, i lansung tak baca entry ni lepas nampak sign precaution. thank God. i'll get back to ur blog right after i watch harry potter :D

♥ p a a n i ♥ said...

ijat_asni:
aku rse aku ada komen dkt entry hp ko kan? ehehe

Hanis MY:
betul betul. haha.tp mestilah dlm buku lagi terperinci jalan ceritanya. but the movie tetap cool.

Dhiya Fariza:
hahahaha. naseb baek i letak precaution tu.

bighagenjo said...

kite pon dah tgkkkkk. hehe

Cik TeN10 said...

aku mmg tak baca.. sbb aku tak minat harry potter.. haha jujur abes.. >.<

Kapten Atok said...

aku pun baca buku sampai habis
tgk movie pon dr awal sampai habis
haha


aku suka ginny... cute

♥ p a a n i ♥ said...

bighagenjo:
wei g tgok ngn sape? haha

Cik TeN10:
ala xminat ke harry potter?? best wehh.tolong lah minat. haha

Kapten Atok:
wah peminat betul nihhhh!! same la kite atokkkk!!hoho

illa said...

Hahahaha....nasib baik dh tgk baru terbaca blog nie.suka2...tp tak pernah baca version novel.tunggu soleh blk dulu kot sbb dia ade full collection kalau x silap....anyway Harry porter at last..The End

♥ p a a n i ♥ said...

kak illa:
hahahha! pastikan baca tau novel2nyaaa. lagi terperinci! :D hehe

wowgarfield said...

oiiii!!kutuk nmpak draco aku?heheheh..
aku baru ja tgk semalm with my gff.pergh.mmg superb!!!klo tgk 3d lagi la mantop aku rs,tara tgk besa ja mmg mantop!!!hahaha.
tu pon mujoq gak la aku dapat tgk.tiket sold out gila2 babeng i tell u.haish.mujoq2~

H.J said...

wooo..siap baca novel lg tu..

IrA said...

betul2..bnyak scene yg takde..wuwuwuwu..tapi kalau baca ko punya entry ni memang tak payah tengok movie gile terperinci haha sep baik aku tengok mase premier lagi kiki gile semangat!hahaha

♥ p a a n i ♥ said...

wowgarfield:
hahaha aku puji la draco mane de kutuk!! member aku tengok 3d siap spek 3d tu bentuknya spek hery potter.kreatif betoi.:P

H.J:
mesti lah.peminat nih :D

IrA:
amboii ko lagi semangat ye tgokkk awal zatul.hahahahha. eceh.mane ade terperinci pun.kekekeke

Amni said...

serius amni tak baca entri ni... hahahaha... takut kecewa sebab nak tengok malam ni.. aaaaa.......

Scya Lollita said...

x tgk lagiiiiii T.T

♥ p a a n i ♥ said...

Amni and Scya Lollita:

tak tengok lagi eh? hehehe jangan baca!! dh tengok nti baru baca keh. :D

Cik Jingga said...

dah tengok dah..mgu lepas smentara nk study lepak2 cuci otak kejap..hahahah.. axtlly xbrapa minat sngt tp mmber pnya pasal layan je..last2 jatuh cinta pulak... wahahahhaha

Cik Jingga said...

saya tahu prof mc bla bla bla tu bt lawak apa..bengong la beliau..wakakakkaka

sifu im said...

cite karot camni pon korang nk tengok..ape da..haha

♥ p a a n i ♥ said...

Cik Jingga:
hahahaha..sengal prof tu.time time tu sempat lagi melawakkk.. :P

sifu im:
karut kee?? haha bukanlah. fiction je.

Cik Jingga said...

hahaha..agak lah.. sengal je

♥ p a a n i ♥ said...

Cik Jingga:
sengal kan? haha

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...