Saturday, June 18, 2011

Ucapan 'Selamat Hari Bapa' yang terakhir...



Aku pun tak pasti boleh ke aku share cerita ni. But i really want to share it. Supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua. :) 

Ianya berlaku pada Hari Bapa tahun lepas. Semasa arwah abah aku masih hidup lagi. Pagi Hari Bapa itu, aku bangun, disebabkan pukul 12am semalam aku tak wish lagi Hari Bapa dekat abah aku, maka pagi tu aku decide nak wish. Tapi aku ni ade penyakit pelik sikit. Yakni penyakit segan-segan ayam nak wish face-to-face. So aku mundar-mandir la depan abah aku...(punya segan nak wish ni). Kalau bagi sms laju je, tak segan. 

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba abah aku panggil aku, dan memarahi aku disebabkan suatu kesalahan yang aku buat, yang aku lupa dah ape dia(sebenarnye segan nak tulis). Tapi kesalahan aku tu memang patut dimarahi lah. 

Disebabkan aku ni jenis bangsa yang cepat merajuk, maka aku pun merajuk la dengan abah aku sepanjang hari. Termasuk bermogok di dalam bilik tak keluar-keluar(kecuali time makan sebab jarang okkkk aku miss makan). 

Merajuk punya merajuk punya merajuk, maka terlepaslah Hari Bapa tanpa aku sedari. Walaupun dalam hati kecil aku semacam menyesal sebab ego sangat taknak wish Hari Bapa dekat abah aku masa tu, tapi aku tenangkan hati aku dengan harapan, tahun depan boleh je wish lagi. So aku tak wish la Hari Bapa untuk tahun itu...

Sekarang pulak, bila dah nak masuk Hari Bapa ahad ni (19 Jun 2011), baru aku teringat kembali kisah aku merajuk setahun yang lepas. Ego aku yang terlampau sampai merugikan diri-sendiri... Macam-macam perasaan dalam jiwa aku ni, ada menyesal, ada terkilan, ada sedih, semualah. 

Tapi sesal macam mane pun, aku tetap dah takda peluang nak wish Selamat Hari Bapa untuk abah aku.. sebab abah dah pergi selama-lamanya...Al-fatihah untuk abah. Maafkan ani, abah.


Me and my dad ;)

Pesanan aku, hargailah orang yang anda sayangi sementara mereka masih ada :) Dan berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi anda bernyawa...:)



23 comments:

izyan yasmin said...

Sabar yer :)

amnie azmira said...

kite pon segan wish face-to face..
tapi btoi kata awk..jgn meyesal kemudian hari kan..

ASaDa RyutaRo said...

semoga abah pooni tenang di sana dengan doa yang tak putus2 dari anaknya.. :)

faRahAdILa said...

aku sedih baca entry ni. semoga arwah abah ko tenang di sana. al-fatihah utk arwah.

~Ati_Hime~ said...

takziah..akak pun sedih jgk sbb dah lame x ckp dgn arwah abah..tau2 dia dh meninggal bln september 2009..tu pun diberitahu cara kasar..bkn nak jadi anak2 yg x kenang budi..hanya Allah saja tau keadaan kiteorg adik beradik knp kiteorg x dtg jumpe dia 2 thn sblm tuh..sedih la..moga2 roh arwah ayah kite ditempatkn di kalangan org2 yg beriman..amin..

♥ p a A n i ♥ said...

izyan yasmin:
okay :) tq!

amnie azmira:
tu la.kalo tak wish skg...one day nti mesti menyesal :)

ASaDa RyutaRo:
thanksss weh! :) aminnn....

faRahAdILa:
thanks farah! aku pun sedih :(

~Ati_Hime~:
yeke... hurm. kesian kt kite kan. :( takpelah.just byk2 sedekah utk arwah..amin...

nulhazwany abdul malik said...

huhu insaf. nak wish jugak la sok. segan pun segan le. ^^

Bella Bell said...

sedih nya cerita ni. tapi ada pengajarannya. menghargai seseorang sebelum dia pergi buat selama- lamanya. T.T

sabar ea awak. al- fatihah untuk arwah abah awak. tabah ok dear :)

♥ p a A n i ♥ said...

nulhazwany abdul malik:
wish la dikkk. awal-awal..jangan lambat2... :)

Bella Bell:
thnks awak! im always strong :) thanks again.

cLaRa LyEn :-) said...

yg hidup psi akan prgi.,, jadi b'sdia la utk trima knyataan apa ada nya,, psti ada hikmah utk smua 2.. wlau pn bapa sda x ada,, dia psti akan m'dgr ucapan mu d ats sna.. apa pn happy daddy's day.

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

aku pun dah tak dpt wish father's day lagi T___T

rindu la pulak

Ct Aja said...

a'ah...saye pon segan gak, kalau dgn mak xpe...hi3... sbr k, moga ayah awak dtmpatkan di tmpat org2 yg beriman...

♥ p a A n i ♥ said...

cLaRa LyEn:
ya betul tu... thankss anyway :)

khansyaa' al khairiyah mohd ujang:
same la kiteee kan...:(

Ct Aja:
dgn mak pun sy segan...hehe

Cik TeN10 said...

em betul2 segan nk wish face to face..

xpe.. wlpn ayh awk dh xde tp awk still boleh wish dlm doa awk.. jgn sedih2 ea :)

z a w a n i b a d r i said...

saya nangis baca entry ini T_T

♥ p a a n i ♥ said...

Cik TeN10:
betul2...bolehh berdoa :) tengkiuu.

z a w a n i b a d r i:
hurmmm :( jangan la nagess.sobsob

Afdhal MH said...

tiap yg dtg tersirt 1001 himh yg kdg2 tak penah kte tpikir kn...Al-Fatihah tuk arwah abh paani...

♥ p a a n i ♥ said...

Afdhal MH:
betul betul. thanksss :)

aeryn mummy aiyris zarra said...

sedih ok?

takpe, abah sayang ani!

HANISAH JUMADIR said...

maybe utk hari bapa yang akan dtg paani boleh hadiahkan surah yassin utk abah . takk pun alfatihah . :)

♥ p a a n i ♥ said...

aeryn mummy aiyris zarra:
mestilah sedih :( huhuhu. thanks kak rin!

HANISAH JUMADIR:
always. insyaAllah. thanks awakk :)

bighagenjo said...

:)

♥ p a a n i ♥ said...

bighagenjo:
:D

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...