Tuesday, January 4, 2011

Walkman



Semalam aku jumpe walkman sony lama aku bawah katil. Walkman tu abah aku beli mase aku form2. Aku guna sampai aku form5. Time zaman matrix, walkman tu dah rosak. Tak sempat nak guna. Tapi time zaman matrix jarang dah orang pakai walkman kan?? Semua dok usung mp3 (tak termasuk aku okkk)..:D

Sebenarnyee abah aku memang tak bagi aku bawak walkman pegi asrama. Sebab beliau takut aku tak focus belajar, asik nak dengar kaset je nanti. So dari form1 memang aku takde walkman. Masa aku form 2, Pona bagi aku walkman lama dia, walkman yang bole dengar radio je tu, cam gambar kat bawah ni. Dia bagi kat aku sebab kesian kot aku bosan sangat kt asrama. Kalau aku dok layan walkman, takde la dosa aku bertambah dok ngumpat dengan kawan2 kt asrama tol tak? (eleh ade walkman pun aku ngumpat jugak dalam kelas).


Rumet aku mase tu berkawan la dengan sorang dak pompuan ni name die P. (bahaya reveal name sebenar sebab ramai member aku ex-pendang tau kang name budak tuuu.kantoi. HAHA) P ni aku selalu la dengar citer sal die yang suke mencuri. Aku penah dengar cerita rumet si P ni selalu la hilang duit, hilang kek lapis pandan. (kek lapis ni sedap weii, memang jadi sebab la kene curi).

Then one day, si P ni datang melawat rumet aku kat bilik kitorang la. Then die nampak la walkman aku tu, yang akak aku bagi tu. Si P tu cakap "eh comelnyeee..comelnyeee.warna biru pulak tuu..nk dengar nk dengarrr..mesti best.." --ni aku ubah sikit2 sebab aku lupa dialog sebenar

Aku pun bagi je la. Takkan nak kedekut pulak. Padahal aku rasa walkman tu same je dengan semua orang. Mana ada special and pelik pehal minah P ni cam beriya gila nak dengar jugakk. Aku pun bagi la dia cuba kan. Dah ko nakkk sangatttt. Then taktau la kenapa dalam hati aku terdetik, "Haaa..ni kalo aku tak jaga elok2 ni mesti dia curi.."

Biasa la. Aku memang cepat berprasangka dekat orang yang ada background and cerita tak best pasal dia.

Esoknya.

Aku balik dari kelas, makan tengahari and terus naik bilik. Bila aku sampai tu, aku terkejut gila sebab tengok locker aku terbukak. Aku tak sure la masa tu if aku lupa kunci loker or mangga aku rosak. Tapi yang pasti time tu mangga tu terbukak. Menda first yang aku check dalam locker tu adelah beg duit aku sebab aku xpenah bawak beg duit pegi kelas. Aku bawak duit je selit2 dalam beg sekolah.

Then aku check tengok beg duit aku ada. Semua duit tak hilang. Cukup. AKu check semua la ape la hilang. Semua ada. Kecuali satu..


Walkman biru aku. Hilang.


Hah! Dalam fikiran aku memang sorang je suspek yang muncul. Si P.

Aku jumpe warden aku g report aku cakap locker aku kena pecah and walkman aku kena curik. (gile saje nak wat gempakkk padahal duit selamat je tak hilang).

Then warden suruh aku cari betul2 dalam bilik tu, kalo tak jumpe, baru dia arahkan sportcheck untuk semua locker aras aku. Aras aku je la sebab menda yang hilang tak mahal kannn. Menda tak mahal pun aku sayang gila walkman tu. Peneman aku tatkala kebusanan. Huh.

Aku memang tak jumpe walkman tu. Then warden suh wat sportcheck. Aku and ketua aras je boleh selongkar semua locker orang. Si P tu plak memang dok searas dengan aku. Memang locker die aku yang check. Masa aku selongkar locker dia tu, macam2 ada, berjenis2 walkman kecik tu aku jumpa. Takkan la die punyeee semua tu kan??? pelik pulakk. Tapi yang tak bestnyee aku tak jumpe pun walkman aku. Mesti die dah sorok. Entah la kenapa aku yakin gile die yang curii. Tapi aku tak sure la if betul ke tak die yang curik.

Then, sportcheck tu berakhir dengan kekecewaan. Aku tak jumpe walkman tu and aku call abah aku, aku ngadu ade orang curik. Then abah aku dengan baik hatinya belikan walkman baru untuk akuu. Yang aku jumpe bawah katil tadi. Lama dah aku xjumpe walkman tu. Rinduuu pulak. huhu


p/s: Happy new year!!!

6 comments:

iszieylyanziy said...

pencuri penggemar walkman,,hahaha

aidakmal said...

weh.ak rse ak taw spe si P tu.ahahahaha.femes kot die kt pendang kalo bab curik2 nih..XD

hujanlebat said...

gagaga. form 2 kan? kao aras ape yek? hahak. sape bdk tu weh? nak tau nak tau.hehehe.

atenye, ko x pi tnye P tu ade x amik walkman ko . at least merasa dpt walkmn baru.

k h a y said...

aku dok fikir sapa la P ni yer.

TP ad kot seseorang bermain dlm fikiran, tp x tahu la kan. hehe.

Sedih hilang kan walkman tu. apo la si P tu curik2 plak chis ajo.

Tp kat Pendang dl byk la kejadian curi2 ni.

°`° NiSa °`° said...

kes kecurian sgt berluluasa di Hostel. itu sangat biasa. My cousin fobia2 melalak xnk balik mrsm pendang. dia ckp senior skrg mcm hantu.

faRahAdILa said...

pani!! tym tu kt matrik ke? sape P?

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...