Thursday, December 30, 2010

Tuesday, December 28, 2010

Accident




Once upon a time...






Keadaan aku apabila eksiden di dalam umah sendiri. Tergelincir terpijak air then kepala terhantuk kat lantai yang bertingkat tu. Menangisss okkkkk. Menangisssss!! As a result, benjol besauuu punyooo kt belakang kepala. Nak tido kena mengiring je pulak.

p/s: Tak sempat nak blogwalking blog2 member. Later keh.



Monday, December 6, 2010

Anti-Child Abuse Campaign


Please support anti child abuse campaign! Change your Facebook profile picture to a cartoon character from your childhood and invite your friends to do the same. Until Monday (December 6), there should be no human faces on Facebook, but an invasion of memories.

Agak-agak gambar ape aku tukar? Haruslah doremon kannnnnnn. Dah name memang kartun feveret aku. Tapi bukan gambar kat bawah ni, gambar lain. Curik certain sumbody punyer.


Doraemon
Doremon ni memang komik dia boleh dikatakan tiap2 bulan la aku beli. Tapi dah lama pulak tak kuar volume yang baru. Tensen gua. Jenuh lepak kat kedai yang selalu aku beli tu, takdok pulak. Mini comic ade la. Rm3. Lagi jimat. Haha. Tapi kadang-kadang citer die berulang. Tapi tak penah busan. And doremon ni selalunye akan dicilok oleh pona. Takpela die cilok akunyer doremon, aku cilok dienyer novel RAM. Pona bile nak beli rayyan fantasi??? hahahaha.


Detective Conan

Yang conan ni memang kumpul dari volume 2. Volume 1 tak jumpe. Sedih sedih. Sekarang rasenye dah nak masuk volume 70 kan kan? Entah lupe la sebab lame gak tak beli. Bace online je senang.

Son Goku

Son Goku yang hebat!! Dragon ball biase aku bace kat komik, yang kt tv tu tengok jarang2 je. Yang Dragon Ball Z and GT tengok cd, tak bce komik. (eh yeke?) Sangat kuat okay Son Goku ni. Dah la baik hati. Tak suke Bezita garanggg.


Trunks
Ni watak dalam dragon ball. Aku selain Goku, aku suke mamat ni sebab rambut die belah tengah. Motif rambut belah tengah??? sebab watak ni nampak paling kacak.wkakaka.


Majin Buu

Ni watak jahat dalam dragon ball, majin buu. Suke sangat kt beliau sebab die boleh tukarkan mangsa-mangsa die jadi coklat/gula-gula. Kan best kalo aku ade abiliti cam tu?? Boleh aku tukarkan peti ais kat bawah tu jadi coklat. Mau setahun baru abis makan. Tapi watak ni mula-mula je jahat, ending dia jadi baek sebab geng dengan mr Satan.


Shin Chan

Haaaaa.. ni la kartun yang paling dibenci oleh kaum kaum ibu. Tapi aku layan jugak laaa shin chan ni sebab die comel. Tengok la kening ulat die tuuuuuuuuuuu. Geramnyeeee. HAHA Tapi kalo ade budak senakal shinchan ni, lama dah la aku tumbuk patung arnab dalam bilik. Dush dush.


Spongebob

Yang ni abang aku la pengaruh aku suruh tengokkk. Mula-mula aku tak minat laaa. Pebende ni span span kuninggg niii. Jijikkk okkk jijikkk. HAHA. Lamee2 tengokk melekat pulak dahhhh. Petang-petang tu tunggu je depan tv tu. Tapi sekarang jarang la pulak tengok sebab aku selalu lepak bilik je. Tapi spongebob the movie best gile wa cakap lu. Siap hafal lagi lagu im a goofy goober yeah!! Kalo nak, carik la sendiri mp3 tu okk. 


Rapunzel

 Rapunzel ni memang minat dari kecik, suke betul tengok rambut die yang panjang tuu. Siap orang boleh panjat bagai kan? Aku selalu terbayang la kan masa kecik tu, rapunzel ni penah ade kutu tak? HAHA. Kalo la die ade kutu jenuh la weiii nak letak ubat kutuuu. Nak letak ubat tu satu hal, bau tu pun dah satu hal. Boleh pengsan okkkkkk. (erk? cam ade pengalaman jer?) HAHA


Cinderella

Yang ni memang kalo dah name pompuan tu, kompem la minat cinderella ni kan?? Tipu la kalo tak minat. Dulu mase mak aku suruh aku basuh baju ke, sidai baju je, kalo kena marah, mesti aku nages pastu feeling feeling cam kena dera dengan mak tiri. Tunggu ade putera datang selamatkan aku. Ehh??? bodo x? hahaha. 

Hajime Kindaichi

Yang ni komik dia ada la sikit aku simpan. Suke gak bace. Sume komik2 ni pengaruh si poli. Beliau suke suruh aku bce komik. Sampai aku lak jadi kaki komik. 


Scooby Doo
Scooby dooo bi dooo where are u?? HAHA. Tak ingat dah citer ni camner? Tapi cam ala-ala penyiasatan lak gak kan?? Tapi lepas ade anjing baru kecik(watak tambah) terus aku xminat tengok dah. Sebab cam "ehhh pesal de watak baru??? tak best ah".. begitu laaa monolog dalamanku, lalu aku protes dengan jarang menonton kartun ini lagi. HOHO


Dexter's Laboratory
Yeahhhh. Dexter's laboratory. Masa darjah 6 before nak pegi sekolah, breakfast sambil tengok kartun ni. Tapi tak sempat tengok abis punyerr sebab abah aku panggil nak hantar g sekolah.


Sailormoon
Sailormoon ni layan la gak sikit sikittt. Tapi tak berape laaa. Sebab aku tak minat sangat kartun yang girly girly ni.."dengan kuasa bulan akan menghukummu!!!" Karut betul.wkakkaka. Tapi aku suke watak laki yang selalu lempar bunga ros tu. Tapi sampai sekarang tak paham pe motif die lempar bunge rose tu? Anyone?? Can explain? :D


Tom and Jerry

Haaaaaaa. Yang ni sangat layan. Memang betul la orang tua-tua cakap, orang jahat akan dapat balasannyee. Kirenye Tom tu selalu laaa kena macam2 dalam usaha die nak makan si jerry. Layann jugakkk sampai sekarang.


Popeye the Sailorman

"Cause im popeye the sailormannnnnnn"..tuttt tuuuut. Bunyi paip kena ada weiii. Mane boleh nyanyi gitu jeeee. Style dah 80%. HAHA Aku penah tertipu mase kecik aku ingat betul2 lepas makan bayam tu tangan boleh jadi ketul2. =.= Sampai ati mr popeye tipu gua.


Mickey Mouse and Friends
Mickey mouse!!! Evergreen betul kartun ni. Sampai sekarang ade lagi. (yeke?) Suke time donald duck buat kapal terbang gune bahan makanan, pastu kene ujan cair jadi pie. Sedap giler rasa nak makan makan je mende tu.


Samurai Jack

HAHA. Samurai Jack. watak jahat tu yang kaler itam tu name die "AKU". So bile aku tengok cter ni, mesti aku gelak kaw kaw sebab macam mat saleh tu cakap melayu pulak kan, kne sebut "AKU".

Okay. setakat ni la membebel. Sekarang sape belum tukar profile pic facebook??? Pegi tukar sekarang. HAHA

p/s: Happy bornday Pona!
p/s2: Selasa ni balik Gerikkk.. yehaaaaaaaaaa.





Saturday, December 4, 2010

Kesayangan


Okay. Hari ni mengemas barang dan packing2 barang dari 4 am until 8 am. Lepas ni dah tak duduk umah sewa ni lagi, sebab dah abis semester 7 belajar kat sini and da next sem adelah praktikal. Sila buat muka cuak sekarang. 

Semasa mengemas barang haruslahh terkemas barang-barang yang sangat disayangi. Banyak rupanyaa aku bawak. Tapi biar aku share yang mana yang abah aku bagi je. Yang lain len kali la share okk? :D


Love Mug

Mug ni usiaaa dia lamaa okkk. Ayah aku belikan masa aku darjah 5. Sampai sekarang stil guna mug ni. Masuk hostel pun bawak mug ni. Masuk matrik bawak mug ni, sampai la masuk uni. Aku suke sangat mug ni sebab tangkai dia tu bentuk 'love'. Cumel tak? Untuk budak yang umur 11 tahun masa tuuu mesti la sukaaaaaaaaaaaaa kan. Tambah-tambah orang lain yang bayarkann, lagi la sukaaaaaaaa. :D


Penyepit Kuku Hello Kitty

Ni hadiah birthday masa form 2. Abah datang melawat aku hat hostel kat emaressem pendang and beliau suruh aku cari sendiri dalam kereta ada hadiah kaler pink. Laju je aku lari pegi kereta and cari cari hadiah tu. Rupenye tersorok celah brek tangan. Comel jee. Penyepit kuku ni memang banyak berjasa la sebab masa aku form 5 aku selalu bawak dalam kelas. Kadang-kadang tertinggal bawah meja and ramai clasmate aku akan pinjam untuk potong kuku diorang. Bergilir-gilir pakai termsuk lelaki and perempuan. Tapi sekarang gigi penyepit kuku ni dah rosak and tak leh nak guna dah, so aku simpan buat kenangan jela :(


Jam Tangan

Jam ni pulak hadiah sempena 8A PMR. Okaaay. *clap clap. Aku jarang pakai jam ni sebab selalu terkepit bulu roma aku. Sakit wooo. Tu sebab aku jarang pakai jam besi, aku lagi suke jam tangan plastik. HAHA. Tapi jam ni jam kesayangannn jugakk okk. Bateri jam ni dah abes, lama dah tak ganti. Nanti la cuti beli bateri baru. 


Jam Kumbang

Dan ini! Last present from my dedi, jam kumbang. Kawan beliau beli kat singapore and abah  hadiahkan kat aku sempena birthday aku bulan may lepas. Kumbang ni bile bukak kepak diaaa, jadi la seperti gambar di bawah; taraaaaa!!


Tadaaaa~~~~

Comel tak?? cakap comel cepat!! haha. Jam ni sangat berguna time aku nak final exam. Sebab jam yang ada kat depan dewan tu selalunya aku tak nampakkk. Rabun jauh la katakannnnn. So ada jam ni senang la sikit. Takyah la aku terjenguk2 nak pandang depan kan. Tapi final exam sem ni aku tak bawak pulak jam ni sebab bateri abessss. So time exam, bila aku nak tau masa tinggal lagi berapa minit, aku angkat tangan, tanya pengawas peperiksaan. huahua sebab tak nampakkk okkkk jam depannnnn. Silauuuuuuuuuu.

p/s: Nak pegi pasar malam lepas ni!! Mesti rindu pasar malam tanjung malim nanti :(




Harry Potter and Rapunzel


Kawan-kawan yang tak tengok cerita ni lagi tolong la pegi ke pawagam berhampiran. Memang rugi la sape-sape yang tak pergi tengok. HAHA. 

Part romantik dalam Rapunzel. huahua. Source
Ekceli citer Rapunzel ni die ubah ckit kan story dia. Kira okay la. Ada jugak kelainan kan. Aku rasa yang berbeza nyaa bila setiap kali buzzday princess tu mesti King n Queen bebaskan tanglung. Sampai Rapunzel yang atas tower tu pun boleh tengok and teringin nak tinggalkan tower tu. Dah la aku tengok 3D punyoooo. Sepanjang masa tangan aku terangkat2. Kekunun nak tangkap laaaa kartun-kartun tu sbb nampak real and dekat gilerrr. Geram gerammmm sampai nak peganggggg. Tapi ilusi aje. Cis.


Source
Yang ni kalo tak tengok, memang kecewa la aku sepanjang tahunnnn. Rm7 je sebab aku pegi hari rabu. Tu pasal bantai tengok Rapunzel sekaligus. Nak tengok yang 3D tapi takdokk plop. Two thumbs up okkkk untuk harry potter. Memang best lah! Tambah2 part Nagini(ular sawa tu) menyerang tibe2 dari dalam lubang rumah. Terkejottttt okkkkkk. 

Tapi agak menyampah sebab seat aku depan budak2 sekolah. Disebabkan cerita ni lama sangat nak habisss, boleh boleh diorang jerit. "Woiii bile nak habisss ni woiii????" Terkejot aku lahabau. Bajet macam panggung tuuuu atokkk diorang yang punyeeee. Bile dah abis cerita tu, diorang jerit lagi; "Yeayyy habissss jugakkkkkkkkk!!" Aku tau la dah habis so diamlah bedebasssssssssss.

p/s: Ada sorang wanita foreigner(tp free hair) tegur aku and dia cakap "I love your hijab..". hehe kembang sekejap. 


Wednesday, December 1, 2010

Gembira


Pertamanyaaaa. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa final exam untuk semester ke-7 sudah tamat. Maka dengan itu, saya selaku diri saya sendiri muktamad untuk memberi cuti kepada diri sendiri selama 2 bulan sebelum praktikal bermula. HAHA.

Ya. Dua bulan.

Diulangi, dua bulan. HAHA <<<---gumbire..



*****************************

Banyak menda gembira yang terjadi selama beberapa hari ni, iaitu selepas habis exam (gilee skema weiii ayat ni).



Malam tamatnye exam tu, terus ke panggung budaya melayan Jazz
Seronoooook okkk. Sampai nak tertido-tido..:P




Perkara kedua gembira adelah sebab tesis dah siap dijilid!! hihihi
Dan dah dicop supervisor dan dah dihantar... :) 
Timee kaseyyy Encikk.




Dan perkara ketiga yang menggembirakan hati ini adelah sebab 
Alhamdulillah Mami dah pulang dan selamat sampai kelmarin. :)
Tak sabar nak jumpa. 
Hai..Mami.. i miss you.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...