Thursday, November 11, 2010

Abah saya.



::Abah saya, Mohd Fadzil Mohd Rusli telah meninggal pada 26/10/2010 tepat jam 3.23 pm. Masih teringat-ingat dalam fikiran saya wajah abah masa kami ajarkan abah mengucap.. Pilu sangat hati masa tu.. Tak sanggup rasanya lepaskan abah pergi..tapi aku redha... ::

Abah..insan yang paling berjasa dalam hidup aku..dan juga mak.

Selalu ambil berat pasal makan pakai aku, pasal sakit aku, pasal resdung aku, pasal pelajaran aku, semualah tentang perjalanan hidup aku..

Kini aku dah hilang tempat untuk aku tanya pendapat. Sebab aku selalunya konfius kenapa benda ni macam ni macam ni dan macam tu. Abah la yang selalu rungkaikan semua...

Abah..guru aku yang pertama.. ingat lagi masa abah ajar aku ape maksud perkataan 'why'...(klik sini) Pengajaran abah tu sangat bermakna buat aku...aku akan ingt sampai bila-bila.

Masa aku sakit teruk dulu (klik sini), abah n mak la yang sangat concern.. sampai pesan dekat adik beradik aku lagi supaya jangan cari gaduh dengan aku, sebab aku tengah sakit...huhu...

Abah la yang selalu bagi semangat untuk aku ber-blog. Selalu bagi aku idea nak updet apa.. kalo pegi makan angin mesti abah tangkap byk gmbr aku sebab nak suruh aku letak dalam blog aku.. baikkan abah...

ermm.....abah...abah,..

Ayat terakhir yang abah ucapkan pada aku sebelum abah koma, adalah "Maafkan abah, ani..."

Takda dosa abah pun kat aku.. Aku yang banyak berdosa kat dia..Maafkan ani, abah...

yaAllah ya tuhanku..tempat kan la abah di kalangan orang-orang yang beriman... amin..


AL-FATIHAH untuk abah. dari anak bongsumu...




*******************************************




And kepada 'orang-orang' yang mengata mak saya selepas je abah meninggal.. saya harap kalian bertaubat lah. Pintu taubat tu masih terbuka luas. Berhentilah daripada mengata orang.. macam mana kalian nak minta maaf dengan abah saya? Cari kat padang mahsyar la jawabnyaa...tu pun kalau kalian berjaya jumpa... jadi, insaf la kalian cepat-cepat..

(Klik sini untuk tau lebih lanjut ttg what happen)




21 comments:

Dayang Bulat said...

saba ye pani.. al-fatihah~..

Dayang Bulat said...

saba ye pani.. al-fatihah~..

zella y said...

sabar ye paani...semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat kan pd golongan2 yg dikasihi Nya,amin...

AL-fatehah................

ain_dira said...

cam xbaek la org mengata camtu. fitnah melampo. semoga abah ko ditempatkan bersama org beriman

Fathiah Farid said...

al fatihah utk arwah.. =(

faRahAdILa said...

takziah pani. bergenang air mata aku baca entry ko ni. semoga ko dan family tabah lalui semua ni. amin.

z a w a n i b a d r i said...

pernah baca 2 3 kali blog arwah, arwah seorg yg baik dan sporting :)

moga roh arwah ditempatkan diikalangan roh org beriman :)

ejaa said...

paani, aku baru tau pasal ni.. sudah dua minggu kan..
sori..aku mmg tak bukak fb, sebab tu aku tak tauu.. huhu..
salam takziah paani,
menangis aku baca entry ko ni..
huhuhuhu...

k h a y said...

Al-fatihah untuk arwah ayah kamu..
Semuga rohnya ditempatkan di golongan orang2 yg beriman.

kau kuatkan paani. Kuatkan semgt kau ok.

Doakan kesejahteraan family kau..

noure said...

sedih baca entry nih. bergenang air mata. ;'(
alfatihah untuk arwah. be strong okai paani. ;)

annfrendly said...

al-fatihah untuk arwah ayah paani..
maaf ann baru tahu pasal ni.
rasa sedih & sayu baca entri ni.

ann doakan arwah ayah paani akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

semoga paani keluarga cekal & tabah melalui perjalanan hidup yang masih panjang.

♥ p a A n i ♥ said...

thankss semua :)
sedih jugak tp saye redha..

Anonymous said...

alfatihah untuk Arwah..semoga rohnya berada dalam golongan orang-orang yang beriman....

aidakmal said...

al fatihah untuk arwah.semoga ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.insyaALLAH

♥ p a A n i ♥ said...

aminnn...

~ L.Y.A.N.A~ said...

salam.. sabar ye dik.. akak pun pernah rse mcm mne rsenye khlgn abah.. abah akak meninggal thn lps, 3 bln lps akak kwin.. abah akak meninggal mengejut sbb stroke.. smpai skrg pun ssh lg nak lupakan.. tambahan dgn family lain yg ambil ksmpatan pd mak akak.. takpela.. sbr ye.. redha dan berdoa slalu ye.. kalau mmg kte teraniaya Allah akan bantu..

♥ p a A n i ♥ said...

memang manusia suke amik kesempatan dkt org lain yang lemah.. takziah jugak kak. hrp akak kuat eh and biarkan aje ape org nak kata. :) nti diorg akan dpt blsan setimpal jugak..

hayatinor said...

assalamualaikum wr wb paani. maaf aunty selalu baca blog awak, terjumpa blog pani dulu2 masa menyelusuri blog meor melalui blog anak saya.......kemudian bila anak saya tutp blongnya, dan tukar komputer saya kehilangan blog pani dan senantiasa ingat utk membacanya lagi. ......setelah sekia lama terjumpa lagi.....tapi sedih mendengar berita pani kehilangan ayah....ingat dulu terbaca cerita pani tentang ayah pani yg tetiba jatuh sakit. allah lebih menyanyanginya, semoga dia aman disana dan senantiasa dicucuri rhamat oleh allah bersama org2 yg soleh. Selamat menjadi pendidik, tentu pani akan menjadi pendidik yag cemerlang seperti ayahanda pani. aunty suka baca cerita pani...teruskanlah menulis.

♥ p a a n i ♥ said...

Pn hayatinor:
waalaikumussalam aunty..:)
Terharunya aunty sudi baca blog yang tak berapa best ni..hehe. terima ksih aunty. anak aunty nama ape ya?

ayah meninggal tahun lepas, bulan oktober. alhamdulillah..saya skrang dah boleh trima pemergiannya :)

InsyaAllah..sy akan cuba jd pendidik yang cemerlang..aunty doa2 kan la..amin... :) lagi sekali, terima kasih aunty sebab sudi baca blog saya ni..:)

hayatinor said...

paani
wassalam. cikgu farhani ni tentu pujaan ramai murid, semoga menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. :D

anak aunty atif slim, but do not let him know that we are "friends"....perasan juga cikgu veteran ini ye. Boleh jadi kawan paani?
Nanti dia tak seronok.....untuk paani selamat terus mendidik anak bangsa, kami yg udah usia senja ni sudha hampir masa untuk berundur. Mendidik anak2 sekarang tidak seperti mendidik anak2 dahulu, ibu bapa sekarang juga tidak seperti ibu bapa dahulu...semoga terus tabah. :))))))))

♥ p a a n i ♥ said...

Pn hayatinor:

laaa atif slim kee? saya kenal. satu sekolah sama dgn dia masa kat mrsm taiping. hehe :)

okay. i will not tell him. don't worry ye aunty. aunty pun cikgu jugak kee? wahh..sama la kita ye :D hehe. tapi aunty lebih berpengalaman. saya still menunggu untuk posting. Taktau la lagi bila. InsyaAllah saya akan cuba jd pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang macam aunty! :):):) doakan saya ye.

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...