Monday, October 4, 2010

Perlu ke jujur tu dalam hidup?


Warning:
Entry ini bukan ditujukan untuk sesiapa..ianya sekadar luahan hati dalaman saya sahaja... Have a nice day! :)

Saya nak tanya pendapat ramai la kan.. Dalam hidup ni, elok kita jadi jujur ataupun jadi tak jujur? Sebab berdasarkan pengalaman saya, orang yang jujur ataupun yang berterus terang selalunya end up dengan dikutuk. Walaupun sebenarnya apa yang dia cakap tu betul, tetapi kalau benda yang dia luahkan tu tak kena dengan pandangan orang lain, maka dia akan dikutuk jugak. Betul kan?

Dan itu yang berlaku dengan saya. Bila saya rasa benda tu saya tak suka, saya terus je cakap saya tak suka. And end up dengan saya dikutuk secara senyap-senyap...(ni bukan mention untuk sapa-sapa, sekadar pengalaman saya sepanjang hidup saya 22 tahun..)

Actually, dikutuk bukan la perkara yang utama saya nak cakap di sini.. Perkara utama adalah, bagus ke kita jujur dengan apa yang kita cakap? Walaupun akibatnya buruk? Sebab saya semakin konfius. Konfius dengan diri saya. Nak cakap tak jujur bukannya perkara baik, nak cakap jujur pulak nanti kena kutuk. Abes tu apa yang patut saya buat sekarang? Adakah dengan menjadi talam dua muka? Depan dia saya cakap suka, belakang dia saya cakap tak suka. Adakah itu cara yang baik? yayaya. I'm sooo confuseeeee.

Which way to go? Konfius kan..

Harus ke saya berpura-pura demi menjaga hati? Kalau menjaga hati orang lain lebih utama dari menjaga hati sendiri, jadi mulai sekarang, saya tidak akan kemukakan pendapat saya lagi...jika ada sesuatu yang saya tidak puas hati, saya akan menelannya sahaja.. :) Sebab saya bukannya seorang yang tabah yang dapat tahan kutukan orang lain..:) Thanks all...

p/s: Tiba-tiba rasa nak buat satu blog lain untuk orang-orang yang saya percaya je baca... :) Susah kan..kalau nak puaskan hati semua orang.. sebab segalanya tak pernah cukup...



22 comments:

yuyus~alexa said...

jujur pd diri sndiri n jujur pada Allah..insyaAllah everythng gonna b okay:)

meorsoleh said...

Dalam hidup ni, elok kita jadi jujur ataupun jadi tak jujur?
Kak Esah rase eloklah adik melupakan dilemma adik. kerana buat ape adik pening2 kepala sama ada nak jadi jujur atau jadi tak jujur? adik jadila manusia. kerana kalau adik jadi manusia, adik bukan sahaja boleh jadi jujur dan tak jujur, malahan adik boleh memilih untuk jadi guru, jurutera, bomba, polis dan macam2 lagi.

Ok bajet nak wat macam keluh kesah bersama kak esah tp tak jadi. abaikan. hehe

anyway, rasenye depends.
kalo orang tu orang yang kita sayang, yang penting kat kita, bagi tau je la. sesungguhnya kebenaran itu pahit untuk ditelan. tapi yg pasti kite bagitau adalah untuk kebaikan die.

kalo orang lain, macam orang tak beberapa penting atau takde kepentingan kat kite, tak payah kot nak susah2. kalau kawan, maybe kite boleh try bagitau die secara face2face in private. sbb certain2 org ego.

yang penting, jadila diri sendiri. sebab kita hanya menyuarakan pendapat kita. dan kalo die tak suke, itu hak die.

of course tak semua orang leh tahan kutukan tp kalo fikir2 balik, biarla orang nak kutuk. bukannya diorang yang bagi kita makan minum, bagi duit nak belajar shopping semua kan???

kesimpulannye... erm... be urself la. jujur kalo perlu, berlakon kalau keadaan memaksa. ekekeke...

S..U..D..@..I..S said...

mula2 jagalah hati sendiri, manusia mmg berbeda2...ingat tu kawan...luahkan perasaan pada bertempat, jgn telan sorang2 nnt hypertense

M@YaZ said...

Hehe,

Hidup kena jujur. Jgan start tak jujur. Tambah2 benda yang melibatkan akibat yang besar.

Jujur perlu kena pada tempatnya. Bab cakap contohnya, jangan cakap menonong ja. Kena nilai orang yang kita cakap terlebih dahulu. Kalau dia tak berapa leh cakap jujur dengannya. Abaikan apa yang kita nak cakap. Simpan ja. :D Jgn berkata benda2 tidak jujur..

itu saja :D

-abg ipo

pali at blog said...

Jujur.. oklah dah panjang sgt jawapannye ni..byk keje ni..jgn kaco!

ladygirl said...

jujur tu benda yg baik. tak perlu korbankan kebaikan pada diri sendiri untuk mulut2 jahat orang. lagipun, kalau awak berubah pun, awak rasa mulut2 jahat dorg akan berhenti ke?

juz be urself dear. biar je dorg tu. awk tak rugi apa pun. k? take care. :)

aeryn mummy aiyris zarra said...

aiyris kata, kiter kena jujur, contohnya bila kita dahaga nak syusyu, kita kena ek ok ekke okkk sambil guling2 atas tilam=menandakan kita dahaga. jujurkan tu?walaupun pukul 3-4-5 pagi.

so, jujur mmgla dituntut dalam islam,even nabi punpernah bersabda, berkata benarlah kamu walaupun pahit untuk diterima.

cuma ada segelintir orang, especially melayu la (sebab melayu adalah bangsa yang pemalu, beradap sopan ,lemah lembut taknak sakitkan hati orang sampaikan taknak berterus terang).

Dan bila kita say it to their faces, BAM! kita yang salah.

moral of the story morning glory, be true, especially to urself. pedulik hape orang2 sekeliling tu. ckp dgn dorang, korang ada kasi duit bagi aku makan ke?takde kan? so BLAH. OK?

kak rin lagi suka poni jujur dengan kak rin (ayat pancing ni..haa ada buat silap tak?kekekeke)

annfrendly said...

betul.. kalau jujur mesti kena balik nanti.. serba salah kan..padahal kita cuma nak beritahu ape yang patut..ermm payah nak puaskan hati semua orang kan..

♥ p a A n i ♥ said...

yuyus~alexa:

insyaAllah..hehe :)

♥ p a A n i ♥ said...

meorsoleh:

suke ayat ni;
"jujur kalo perlu, berlakon kalau keadaan memaksa" wkakkaka

ok bosss. time kseh bg nasehat.bru terbukak ckit minda ni haaa..

btw, keluh kesah bersma kak esah awk tu jadi laaa..wkakka guling2 bce.

♥ p a A n i ♥ said...

S..U..D..@..I..S:

hihi. xtau ah nk luah mslh tu cemana. sbb kalau luahkan, kang makin worsee..huhu pd pndpt sy je la :)

♥ p a A n i ♥ said...

M@YaZ:

hahaa..ohh kiranya kalo org tu cm suspicous jee kte jgn ah jjujur sgt dgn dia? ok okk..tengkiuuu abg iporrr :P

♥ p a A n i ♥ said...

pali at blog:

hahaha poli suke bg komen pendekk!!! cis cis

♥ p a A n i ♥ said...

ladygirl:

betul gk kan kak awaniss..nk abaikan je la diorang tu..ahahaa..malas dh nk jaga hati org.

♥ p a A n i ♥ said...

aeryn mummy aiyris zarra:

setakat ni xde wat silap lg kottt.wkakakakkaka ammmpunnnnn.

aah kannn..bukan diorang kasi ani makan pun kannn. ignore je.xjejas punnn..haha tibe2 teringat kt makcik yg dtg tumpang umah ani tp die ktuk2 ani..ish ishh.

p/s: cubitkan pipi aiyris comel yg jujur tu!! muah3

♥ p a A n i ♥ said...

annfrendly:

aah btul2.. nak jujur pun dh jadi kesalahan pulak kan.. kita tak suke..ckp la xsukee..pastu kita2 plak yg kne kutuk..haih..xpaham la manusia.

Aidy Shahiezad said...

jujur adalah kunci segala kehidupan.. hehehe... :)

**********

visit my 400th entry,

Jejak Tingkah Anon dan Welnon
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

♥ p a A n i ♥ said...

aidy:

hiihi yeah yeah..mahu jujur lepas ni.. :)

°`° NiSa °`° said...

buat ja apa2 pon, yang penting hati kita happy. xpyh nak jaga sgt hati org lain sedangkan pada hakikatnya adakah diorang kisah dengan hati kita?

~SukEMakAn~ said...

ive been on ur shoes dear!
mmg sangat sedey kan
kite jujur die kutuk
pastu cakap xde kutuk pon
padahal kite taw die tu karakter yg mcm mana
skang ni nk kemuka pendapat dalam blog pon kene ati2
takot ade org xpuas ati ke
nak cari gado ke
senang je cari isu dalam blog kite

ps: saye baru je rasa mcm nk bg blog user saje yg ley bace blog saye! T_________T

♥ p a A n i ♥ said...

nisa:

tu la..terlalu jaga hati org pun susah kan..kang hati sendiri merana...hhuhu

♥ p a A n i ♥ said...

sukemakan:

sgt betul!!! nk tulis dlm blog pun skg dh xbest. sbb dh xde privacy. even fb pun sama..rasa cm nk tulis papee..kene pk byk2 kali takot ade org terasa..busan kan kan. huhuhu

p/s: eh kalo awk private kan blog, do invite me ya!

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...