Saturday, March 13, 2010

Sara Liona the Mafia of the Gagliano

Umur 3 tahun:

Hai. Nama saya Senah. Umur saya 3 tahun. Saya dilahirkan di perkampungan Mafia yang bernama Gagliano. Disebabkan nama saya seperti mencemar ke-mafia-an orang-orang kampung saya, lantas nama saya ditukarkan kepada Sara oleh ketua kampung saya sendiri merangkap pangkat bapa saya. Oleh kerana tidak ada spesies lain di kampung itu selain spesies lion=singa, maka nenek sedara belah mak tiri laki adik ipar ayah saya telah mencantikkan nama saya kepada Sara Liona. Walaupun begitu, saya selalu konfius kepada jantina saya sendiri. Nama saya seperti singa betina, namun nafsu saya seperti singa jantan. Ahhh persetankan itu semua, yang penting, saya adalah anak ketua kampung yang sangat kacak. Walaupun hakikatnya saya seorang je yang rasa macam tu.


Ini la saya. Garang tak? Macho tak? Takot tak? Kalo takot, tutup mulut!


Ni ayah saya.

Umur 5 tahun:

Hai. Namaku Sara Liona. Aku sudah pandai bercakap, walaupun agak gagap sedikit sewaktu mau mengaum. Ni semua ayah aku punya pasal, setiap hari dia bagi aku minum susu lembu, maunyer tak, aku mengaum dah nak jadi menge-moooo? Sejak ibuku lari, tiap-tiap hari aku minum bersusukan lembu. Eh.. tiap-tiap hari aku minum susu lembu. Tu semua sebab ibuku lari. Lari meninggalkan kami mengikut singa jantan yang lain yang berganda kacak dari ayah aku. Masa tu, aku baru umur setahun. Lembu betina yang menyusukan aku tadi, telah menjadi sahabat baik ayah aku semenjak ibuku melarikan diri. Tapi aku tak rasa ayah aku anggap dia sebagai kawan baik jer. Mungkin anggap dia sebagai bakal makanan yang baik.... Eh.. nasib baik Makcik Moooo taktau aku ada blog.
Umur 10 tahun:

Hai. Gua sudah reti ketawa. Dengar ni. HAHAHAUMMM. Susah okay gua nak ketawa sebab asik tergigit lidah sendiri. Taring banyak sangat. Cuba lu tengok gambar kat atas tu? Tu la gambar bapak and mak gua masa diorang muda-muda dulu. Ala.. masa tengah 'i' 'u' gitu.. Gua rindu mak gua. Gua teringat masa gua kecik dulu, mak gua punya la risau kenapa gua punya tuttt tak sebesar macam kanak-kanak yang sebaya gua. Disebabkan mak gua sangat bimbang akan tahap kesihatan gua, mak dan bapak gua pun bawak gua pegi ke klinik;

Mak: Doctor Luffy, anak saya punya tuttt tak sama besar lah macam budak2 yang sebaya dengan dia.

Doc: Ohh.. ini mudah saja. Makcik bagi anak makcik makan sebiji telur ayam separuh masak tiap-tiap pagi. Gerenti akan kembali ke keadaan normalnya.

Mak: Ohh yeke..okay nanti saya cuba. Time kaseh doc.

Doc: Sama-sama. Dah pegi blah cepat. Eh, jangan lupe bayar ye..



************************



Pagi keesokannya...

Sara Liona: Mak, ngape mak buat telur separuh masak ni sampai 24 bijik?? Doc aritu cakap satu je cukup kan.

Mak: Kamu diam. Kamu makan satu, yang lebih tu untuk bapak kamu..



*************************



Haaaa. menakutkan tak mak gua? Ish ish. Sweet sungguh memori dengan mak gua. Walaupun dah lame beliau tinggalkan gua dengan bapak gua. Tapi dulu gua pelik jugak, masa kecik, mak gua sayang giler kat gua, tapi kenapa sekarang bapak gua yang bela gua? Kenapa bukan mak gua yang bela gua? Gua penah tanya bapak gua.. Dia cakap dia menang gua macam ni..




Di mahkamah...sewaktu mak dan bapak berebut hak penjagaan gua...




Mak: Yang arif, saya lagi berhak dapat hak penjagaan Sara Liona. Saya yang mengandungkan dia 9 bulan. Saya yang melahirkan dia. Saya yang banyak jaga dia selama ni.

Hakim: Erm.. okay, kita dengar pulak pendapat daripada bekas suami puan pulak yer..?



Setelah 5 minit terdiam, bapak bersuara...



Bapak: Yang arif cuba bayangkan saya mahu membeli air tin dari mesin menjual air tin. Saya masukkan syiling, kemudian air tin itu pun keluar. Saya pun amik air tin itu. Sekarang, milik siapakah air tin itu? Mesin tersebut atau saya?



*************************



Ohh.. macam tu rupanya bapak gua dapat hak penjagaan gua.. terus gua mati terkejut mendengar cerita itu di atas ni. Tamat lah riwayat gua selama 10 tahun ni.. Sekian. :D




*****************************************************************************************************************************



Cerita rekaan di atas adalah cerpen yang direka khas bagi memasuki pertandingan merebut Sara Liona dari blog Kapten Luffy. Harap aku berjayaaaaa!!



16 comments:

Monkey D Luffy said...

hehe
buat kisah rekaan yer

akan dinilai

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

Kapten:

haha rekaan semata2.

Okay :D

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. gud luck la paany.. cam nk join jer contest ni.. hehe :P

hampeh tol alasan ayah sara liona nk dpt hak penjagaan.. hahaha

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

asada:

kah kah. memang alasan dia xley blah kan?

aWaLLiWauDDin said...

wah... dh lame xbace cerita mcm aku bc mse skola rndh dulu... dulu time sek rendh, g lib mst bce buku cerita yg mcm ni, sbb pendek n best tuk bace... hehehe. nk wat rumusan kat buku nilam pon senang.. hahaha

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

ala xyah lah menang de!!! klh laa

zella y said...

gud luck ;)

lawak tul la cite ni hehehhe

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

liwau:

hahaha aah kan. buku nilam tu. suke gk wat gitu. hahahha. ish ko ni. wat aku terkenang zaman2 tak kegemilangan dulu. kah2

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

Boneka:

alaa. kalah dah pon. hahahaha. msuk gk ker?

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

zella:

alaaaa kalah dh :(

Aidy Shahiezad said...

kahkahkah...
alasan bapak beliau sangat la kreatif tak hengat...
aku suka.. aku suka...
hehehe... ;)

Firol said...

wahh..ramai berebut kan anak patung tu

Iznie said...

wah....comey jer citer nie...
heehe

laa...kenapa dah kalah plak??? ok jer citer....huhuhu

Iznie said...

wah....comey jer citer nie...
heehe

laa...kenapa dah kalah plak??? ok jer citer....huhuhu

Firol said...

harap berjaya dapat ptng tu

♥akukahmilikmu®♥ said...

ingatkan real rupanya rekaan..best..kompem pany bleh menang..pani..ada award utk pany..amik k..

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...