Thursday, March 11, 2010

Murtabak Maggi

RESEPI ORANG BUJANG

Ye tuan-tuan dan puan-puan, anda bersama saya, Chef anda, Carlos The Gut Gagliano dalam rancangan memasak yang paling digemari ramai tak lain tak bukan, 'THE BOMBASTIC RECIPES KEBABOMM'. Ye kali ini tuan-tuan dan puan-puan, atas permintaan ramai surirumah yang tak suke duduk diam, yang asik menge-sms saya. pada minggu ini, seperti yang dijanjikan, saya akan tunjukkan cara-cara memasak MURTABAK MEGI. Diulangi ye tuan-tuan dan puan-puan, MURTABAK MAGGI, bukan menternak gigi ye. Okay, tutup mulut tu.



Okay, ni adelah bahan-bahan masakan yang fofular ni mata saya. Iaitu sebiji telur ayam betina remaja dan jugak sebungkus megi kari bukan alagepas. Kalo boleh biar la perencah kari, kalo degil jugak nak guna megi perencah asam laksa lantaklah, kang tak jadi murtabak megi terus jadi mee jawa. Haa jawab.



Mula-mula, keluarkan megi terbabit dari plastik pembungkusnya yang menawan itu. Kemudian, rebuskan megi itu, dalam air panas, diulangi ye, AIR PANAS. Kalo nak rendam dalam air kolah pon boleh, tapi tu kena tunggu sampai doploh tahun kemudian baru lembut megi tuh.



Ni adelah teknik mengacau megi yang direndam tersebut dengan gaya yang betul dan unik iaitu menggunakan sudu. Jangan nak cari nahas dok kacau pakai jari. Jari tu simpan guna untuk korek idung je. Okay.



Then, bila megi tu dah lembut, TAPIS kan megi anda. TAPIS. TAPIS sampai takde setitik zarah air pon paham tak saya bebel ni? Pastu, letak la perencah kari tu and telur ayam tadi. Perencah kari tu letak separuh sudah. Kalo nak kencing masin, letak la semua. Tarak hal.



Amik sudu, kemudian, kacau sehingga sebati campuran megi lembut tadi, telur ayam remaja dan jugak separuh perencah kari terbabit. Bagi sebati okay. Nanti tak sedap jangan banyak bunyik.



Sediakan kuali leper seperti di atas. Kalo tak leper, boleh je guna. Ikot kan kreativiti masing-masing. Masukkan sedikit minyak masak yang dijamin halal dan suci, dan bila minyak tu panas, goreng sampai garing megi tersebut. Ratakan sampai jadi seperti dalam gambar :D



Apabila telah GARING, pusingkan murtabak megi anda. GARINGkan bahagian belakang pulak. Nak pusingkan kne ade skill tertentu, jangan serabutkan megi tu dah la, kire okay. (hahaha poyo je). Bila dua-dua belah dah garing, angkat dan tarok dalam sebiji pinggan yang cantek. Pinggan percuma bila beli ubat gigi pon boley.



Tada, setelah berhempas pulas di bendang, lalu terhasillah, MURTABAK MEGI. Makan dengan SOS CILI. Sangat sedap okay. Dah lah, penat i tau, Selamat mencuba. :)

p/s: Nisa?? sile buwat murtabak megi ni okay. HAHA.

21 comments:

NiSa said...

tima kasih ya chef :)

zella y said...

kira rajin la ni...
klu sy mkn maggi je mls nk wat camni...hehhee

tp klu wat camni,br naik selera skit kn...

ejaa said...

woho 1st time dengo murtabak megi.ahahah
leh cuba nti

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

nisa:

hehe same same :D nti buat okay.

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

zella:

tu la. sik makan megi berair je kan. skali skale pe slhnye wat cmni. hehe selera ckit.

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

jaja:

kah kah. wei kalo ko nak, datang la sini. aku buatkan.

ASaDa RyutaRo said...

hoOo... aku nk try sekarang jugak! tgh lapar giler ni..
hahaha...

best la resepi ni.. cara baru wat megi.. yeah!

sape ajar ko ni?

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

asada:

hehe rumet aku yg dh kawen ni ajar. haha

weh try la wat!!
sdap tauuu.
cpt...skrg!!!

Aidy Shahiezad said...

chef,

mane nak cari telur ayam betina remaja nie ?? kalau masih betina remaja, maknanya dara lg la kan... ade ke yg dara menetaskan telur ?? telur ayam luar nikah barangkali ea ?? huhuhu... ;p

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

aidy:

hahaha ayam remaja tu kawen lari kot?

meorsoleh said...

aku pernah try wat. tp macam tak berkenan sgt sbb nanti mee tu garing/liat kan?? aku kalo makan megi ni suke die basah2, kenyal2 macam iklan mee segera cintan... hehe...

tp tak tau la kalo step ak salah... kene ikut step ni kot.. hoho...

p/s: haha... cili sos dibuat bentuk hati?? makan hati kah??

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

meor:

hahaha mane ade liat? sedap la. ko salah step kot. kikikiki

wahhh makan hati la ni. tu pasal wat bentuk hati, biar senang ati. haha

Monkey D Luffy said...

senang jer buat tu
tp aku malas. nak suruh ko buatkan jer lah

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

kapten:

hahaha malas ke? senang jer.
meh aku pos utk ko. tp dgn syarat, bg sara lionis secare pecuma. ahaha :D

♥akukahmilikmu®♥ said...

lama gila tggu paani update blog..nk 1 murtabak maggi..pos ker kedah ek..lapar nie..

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

akukahmilikmu:

hahaha. nk ker? ok kedah kat mane?
aloq setaq ka. jap g cheq antaq no. :D

ain_dira said...

nak masak megi pung malas, apetah lagi buat murtabak.hahak..

Firol said...

perghh jamie Oliver pencen awal la ni macam

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

ain:

hahaha adoi. nk wt megi pon malas?

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

firol:

sape jamie oliver? hoho

MeaBerry said...

WAAAAAAAAA BESTNYE@! ESOK NAK TRY LAH!! MUAKSSSSSSSSSSSSS

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...