Wednesday, January 27, 2010

Fire Drill pagi tadi punya cerita

Mula kan entry dengan WAHHHHHHHHHH.

Lama betul. Serius. Lame. Dah lame tak penah penah aku rasakan perasaan mengalami fire drill yang tetiba. Eh macam la ada fire drill yang memang dah tau. Tu tak gempak langsung kalau dah tau. Kelas pagi tadi memang mendebarkan sikit. SIKIT je.

Aku dalam makmal.

Tengah seronok2 mengggodek-godek PC dalam makmal, tetiba terdengar la KRINGGGGGGGGG. Sah la bunyi loceng kecemasan kan. Takkan la orang jual ais krim pulak tepi makmal tu. Semua orang blur-blur. AKu rasa la kan. Semua orang dalam kelas tu, dah lame tak penah ade fire drill dalam hidop diorang. AKu rasaaaa la kan. Sebab aku pun sama. Last fire drill waktu matrix ke waktu form 5, entah lupa lah. Benda2 yang selalu mengganggu tidur aku memang aku tanak ingat. Tu pasal lupa.

Boleh boleh berborak-borak sepanjang nak turun tangga tu, macam nak pegi makan angin pulak kan? (eh aku la tu).


Tu je la barang yang mampu aku selamatkan, hanya lah nota-nota. Barang lain semua aku tinggalkan dalam makmal tu. Ilmu itu sangat berharga, tu pasal grab buku je. TIPUUUUUUUUUUUU!! haha. Bila pembantu makmal suruh keluar pegi tempat lapang, benda 1st yang aku check ade ke tak dalam beg kuliah waktu nak keluar tu adalah HANDPHONE. Kedua baru BEG DUIT. Hahha. nampak sangat aku bukan mata duitan. Beg duit pilihan kedua.


Geng-geng aku yang menggediks tangkap gambar waktu orang dok bz dengar brader bomba ceramah. Peluang ber-drill datang sekali, atau mungkin dua kali, tak pasti, yang pasti, bergambar itu mesti. HAHA *kredit to YAN.


Aku dan lori bomba ituuuu.

Kalau nak cerita pasal fire drill ni memang banyak la pengalaman waktu sekolah dulu. Tapi aku tanak cerita. Sebab aku rasa semua orang pun ada cerita yang sama kan kan kan. Mesti ada yang time bergegas nak keluar dari hostel masa fire drill, just pakai selimut jadi tudung, kalau yang laki tu, tak sempat nak pakai baju la. Macam-macam.



Cuba tengok gambar pemadam api kat atas ni? Masa aku form 1, penah bendalah ni menyusahkan hidup aku. Waktu aku form 1 tu, time tu kat asrama, pemadam api ni betul2 ade depan bilik aku. AKu pulak sebilik dengan Noure, Bye and Didie. Then one day ni, aku, Bye and sorang lagi aku lupa sapa, pegi la kacau-kacau pemadam api ni. And aku tak pasti sape la antara kami bertiga yang tercabut kan safety pin tu. Masa tu kami relax je, sebab ingat mesti boleh pasang balik safety pin tu.

Then, Bye pegang safety pin tu, aku pulak press handle tu, sebab nak bagi safety pin tu masuk balik dalam handle. Aku pun satu hal. Main pegang handle tak pikir dulu. Bila aku tekan je handle tu, apa lagi, terkeluar la segala gas-gas dalam tangki tu. PANIK GILAAAAAAAA!!!!. Menjerit la kami mintak tolonggg sebab tak tau nak buat ape. Noure time tu tengah tido rasanya. Kami terus masuk bilik and suruh semua keluar. (tak ingat sangat la flow cerita). Kawan-kawan yang satu aras dengan aku semua keluar bilik sebab nak tengok ape yang kecoh sangat kan. Petang-petang bikin kecoh pulak. Keje gile aku ni.

Kami dah xtau nak wat ape, melainkan tengok je la gas-gas dalam tu keluar sampai habis. Bila dah habis, memang teruk la impact dia kat floor tu. Habisss satu floorrr macam kena tabur dengan tepungg. Bilik aku paling dekat, habis masuk dalam bilik, bertepungggg segala la lantai bilik aku, dengan bauu gas tu pun semacammmmm. Ketua aras pulak pegi report dekat warden.

Tapi aku lupa la, aku kena denda tak sebab pemadam api ni, masa tu? Sape ingat?

Moral of the story: Jauhi diri anda dari pemadam api jika anda tidak betul-betul perlu menggunakannya. Nescaya hidup anda akan bahagia.

20 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. klakar giler cerita pemadam api tu ea.. PANIK GILER!!!

♥ p a n y ♥ said...

ASaDa RyutaRo:

hahaha. panikk tauuu. abes floor tu penuh dgn gas cam tepung tuu. nebess gile

NiSa said...

nasib baik la dlm keadaan panik tu gas2 x tersembur kat muka.

zella said...

klu kat skolah dulu ade latihan fire drill msti malas jer...heheh

♥ p a n y ♥ said...

nisa:

fuh seb bek xkne muka and mata. tp mmg time tu tahan nafas gile2 lah. hehe

♥ p a n y ♥ said...

zella:

haha. mmg. malas je kne bgun tido la. jalan cepat2 la. kne bilang orang la. mcm2 kn.

ain_dira said...

mati2 igt ko selamat kan nota tu.. pencinta ilmu...

owh.hahaha. peristiwa tu ghasenye ku ade sekali la.kan kite 1 aras je.. kecoh masa tu. x kena denda kot. lupe jugak...

Fathiah Farid said...

kah3..tobat ak rase cam ko kne denda jek..keh3...
aku dlu tido pakai tudung siap beb, tggu fire drill..tp xde plak..
time ak tdo selubung ngan gebor, baru nak ade..lari b3 kongsi gebor..hehe..Sweet!

♥ p a n y ♥ said...

ain:

hihihi. hp dgn purse penting wehhh. tu dulu. nota leh copy kwn pnya kalo terhilang pon. ahha

dikau satu aras eh? haaa. soriii2. hahaha

♥ p a n y ♥ said...

fatt:

haaa. ko ke yg selimut 3 kepala tu?? aku stil cm leh ingt lg de org pkai gitu. xsngke dikau rupenye wkakaka

k h a y said...

la kao ke yg gi kuarkan asap2 dlm pemadam api tu????????????

hahahaha... aku pernah nampak benda tu atas lantai. kale putih2.

ejaa said...

aku x hengat ape2.
hahahah

Iznie said...

waa...nakal juga sis nie tyme skolah dulu...

hehe

bley plak memain ngan pemadam api tue...iznie penah gak nak try...tapi selalu nak2, tapi takot2...hohoho


baguss la sis...!
siap kuar cepat2 bila ada fire drill ni... hehehe
tyme sekolah dulukan rasanya ramai yg lenggang lenggok jer turun bawah malam2 camtu...hehe
malas nak layan benda tue...hohoho
kesian cekgu n abg2 bomba tue...hehe :)

♥ p a n y ♥ said...

khay:

hahaha weh ko bukan dok hostel time tu kan?? ko dok umah cikgu.tau gak eh psl pemadam api tu. ahahahhaha

♥ p a n y ♥ said...

jaja:

ko bukan satu aras dgn aku kot. hahaha

♥ p a n y ♥ said...

iznie:

hahah. takot gk sbnrnye. tu xsengaja. tp perot kecot gile.

kalo lmbt kuar fire dril time sekolah dlu nnti kne denda. xsuke dendaaaaaa. lari2. xbest. haha. tu psl laju je keluar. len kali lari cpt3 tau. hahha

Firol said...

mesti best kalu kena muka...kalau kat asrama ni time tidur di buat...sakit jiwaaa

♥ p a n y ♥ said...

Firol:

hahha. kalo kne muke, abis ilang segale jerawat

Aidy Shahiezad said...

nie la contoh vandalisme ketara ke atas pemadam api yg tak bersalah tue... hahaha... ;p

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...